Terima kasih kepada urusetia dari Persatuan Pelajar Pre-Sains @ PRESSS (Pre-Science Students' Society) Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya kerana sudi menjemput dan memberikan kepercayaan kepada saya untuk memberikan komentar kepada filem Hollywood yang akan ke pawagam-pawagam dunia pada 13 November ini. Masa yang hanya sejam kepada saya hakikatnya sangat mencabar dan kritikal kerana saya pernah berseminar selama sehari suntuk untuk memahami sepakterajang Yahudi Illuminati di UIAM 2-3 tahun lepas.



Apapun, saya tetap memanfaatkan sejam yang ada kerana mengambilkira pemilihan tajuk "Qiyamah 2012" oleh urusetia inilah telah menghadirkan limpahan mahasiswa-mahasiswi di kampus tersebut ke Dewan Al Malik Faisal, situasi yang tak pernah saya lihat dalam pengalaman saya berceramah. Bagaikan sedang berada di pentas ceramah politik pula saya.


Memandangkan tempoh sejam sahaja yang saya ada, saya telah mengishytiharkan kepada urusetia bahawa apa yang akan saya beri dan paparkan hanyalah pendedahan demi pendedahan secara visual dan bergambar, kemudian disusuli dengan lontaran persoalan demi persoalan (hipothesis) untuk mahasiswa mahasiswi yang hadir membuat kajian lanjutan. Sememangnya ada yang saya berikan penjelasan mendalam seperti peristiwa 'letupan' WTC 11 September 2001, namun berdasarkan studi kes itu, saya mengharapkan adik-adik yang hadir dapat mengenal sepakterajang Yahudi Illuminati yang menguasai Hollywood dan termasuklah "2012".


Illuminati Symbols in Hollywood Movies Before & After WTC 911





Pendekatan saya juga adalah pada awalnya menimbulkan kegerunan pada diri mahasiswa Islam pada kebijaksanaan Illuminati dan penguasaan mereka pada teknologi media serta ekonomi dunia. Pendekatan "tarhib" ini penting kerana saya tidak mahu mahasiswa Islam terus 'tidur' dan lena menjadi catur-catur yang diaturkan musuh-musuh Islam. Niat saya supaya mereka akan berasa tidak selesa dengan isu-isu semasa dunia pada hari ini seperti serangan ke atas umat Islam kerana kini mereka mula sedar siapa dalang di sebalik semua itu.


Saya juga menggunakan pendekatan "tarhib" ini di permulaan bicara kerana mahu mahasiswa tidak lagi lena dengan hobi menonton filem-filem dan VCD-VCD di masa kelapangan mereka di kampus, kerana menyedari jika mereka terus berbuat demikian tanpa melihat di sebalik tabir filem-filem yang dilihat itu, dan pada masa yang sama proses pembelajaran dan pemerkasaan intelektual diri serta kepakaran masa depan dialpakan, mahasiswa Islam tidak ubah seperti umat Islam di tempat lain yang bukan sekadar gagal memikul amanah sebagai pemimpin ummah, tetapi golongan penonton yang hanya melihat satu persatu episod pembantaian umat Islam di seluruh dunia pada saat ini.


Pendekatan kedua dan terakhir saya adalah "targhib" iaitu dengan membawa berita gembira kepada adik-adik yang hadir mengenai hadis Nabi bahawa Yahudi (termasuk Illuminati) suatu hari nanti (apabila umat Islam telah bersatu dan membuat persiapan sunnatullah dan syariatullah selengkapnya) pasti akan tumbang di tangan umat Islam. Suatu hari nanti Dajjal bermata satu (disimbolkan juga pada logo sulit Yahudi Illuminati) juga akan mati di tangan Nabi Allah Isa Alahissalam.

Saya telah memberikan beberapa jaringan link dan maklumat lanjut di Internet untuk pembacaan lanjut mahasiswa kerana masa tidak mengizinkan, sementahalan menjadi sikap orang Melayu sukakan 'miracle' dan perkara-perkara 'pelik'. Saya memanfaatkan 'suis' ini untuk dialihkan kepada kesungguhan mereka untuk mengenal musuh sebenar umat Islam.


Kerana pendedahan dan persoalan teori konspirasi semata-mata, maka saya perlu bersedia dengan respon balas dari pendengar selepas ini. Walau bagaimanapun, hasrat benak hati saya memadailah mahasiswa mahasiswi Muslim yang hadir terbuka sedikit minda mereka dan kembali serius untuk memikul amanah menjaga ummah dari serangan musuh-musuh Islam. Selarilah sudah dengan hasrat urusetia supaya talk ini diakhiri dengan peranan mahasiswa dengan bidang pengajian dan karier masa depan masing-masing (sempena program Career Week PRESS).


Saya memohon jutaan maaf kepada urusetia kerana tidak mendapat maklumat rupanya mahasiswa-mahasiswa antarabangsa juga ada di celah-celah limpahan mahasiswa tersebut. Jika tidak, sekurang-kurangnya saya sediakan slide dalam bahasa Inggeris kalaupun saya tidak fasih berbahasa Inggeris. Mujurlah pada malam itu saya sempat menangkap video-video klip dalam Bahasa Inggeris yang mendedahkan mengenai kehalusan dan kelicikan Yahudi Illuminati.

Doakan saya selepas talk semalam dan pendedahan sinopsis talk tersebut pada posting ini, Allah menyelamatkan saya dari diburu oleh satelit-satelit maya Yahudi Illuminati :)

Related link : Suamiku dan Qiyamah 2012

Posted by Rijal82 Wednesday, November 4, 2009 8 comments

Saudara Merico dari MPP Unisel serta seluruh pasukan kerja di bawahnya semasa Malam Kegemilangan Islam, sempena Pesta Konvokesyen Unisel bagi saya adalah contoh sepasukan mahasiswa Islam yang sangat kreatif dan berani melakukan anjakan baru kepada pendekatan dakwah menjinakkan mahasiswa 'untapped market' kepada Islam. Saya mengucapkan jutaan penghargaan kepada beliau dan Presiden MPP Unisel, saudara Wan Azraie di atas kepercayaan kepada saya untuk menggantikan saat akhir YAB Tuan Guru MB Besar yang tidak mampu hadir memberikan pidato "Kembalikan Kegemilangan Islam" pada malam tersebut.


Walaupun tampak abg Amy (Search) sedikit kecewa kerana hasrat untuk berduet dengan Tok Guru tidak kesampaian, namun saya kira-kira kesempatan mendengar alunan bacaan al-Quran sangat memukau oleh saudara Fakhrorrazi (Juara AQ 3) sudah memadai mengubat kekecewaan tersebut.

Bersama saudara Fakrorrazi (Juara AQ 3) dan saudara Merico (kiri)

Apabila abg Amy memulakan lagunya dengan suara "Takbir" dan luahan rindunya pada Tok Guru...

Terima kasih kepada isteri yang sudi menemani saya walaupun dalam keadaan kesihatan yang sangat tidak membenarkan beliau untuk keluar dari rumah. Terima kasih buat usrah 1453 yang sudi hadir sama memberikan sokongan usaha pencerahan minda berpandukan pedoman sejarah kepada mahasiswa Unisel.


Kepada saudara Merico, teruskan pendekatan 'out of the box' dalam misi dakwah MPP anda. Kreativiti anda untuk bijak membaca 'mood' mahasiswa yang tidak gemarkan pendekatan ceramah sahaja, lantas anda menghadirkan Amy (Search) untuk berada di hujung slot pada malam tersebut. Taktik ini 'bijak' kerana ia menyebabkan mahasiswa tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa terus kekal di bangku menanti detik persembahan abg Amy sambil mendengar celoteh saya dan perkongsian ilmu "Muslim U-Turn : Pedoman Dari 1453" serta paparan aksi membakar semangat anak muda dari jendela sejarah Sultan Muhammad bin Murad.

Walaupun hujan renyai-renyai, namun saya lihat ratusan mahasiswa Unisel tetap 'ghairah' untuk mendengar celoteh 1453.

Saudara Merico, jangan lupa janji kita untuk kumpulan 'Ruhul Jadid' Unisel anda untuk merakamkan semula dengan lebih bersemangat suara nasyid '1453' yang saya cipta sebelum ini.

Paluan drum "Ruhul Jadid" Unisel sangat membakar semangat

Posted by Rijal82 Sunday, November 1, 2009 1 comments


"Economics is the No. 1 reason that people voted for Mr. Gul's party. The party's policies have created an economic boom, expanded exports and improved services. Meantime, secular opposition parties have had little positive to offer”. (Henry Barkey, chairman of International Relations at Lehigh University)

Demikianlah muqaddimah saya dalam aluan ketika memulakan usrah 1453 menyinggung Bajet 2010 baru-baru ini. Saya terpaksa menyebut tentang gerakan Islam dan parti AKP di Turki kerana PKS Indonesia sendiri mengalami kemerosotan dalam Pemilu yang lepas.

Terima kasih tidak terhingga dari usrah 1453 kepada saudara Mior Isfandy Mior Azizan atas pembentangan asas-asas mahasiswa Islam dalam menilai dan mengkritik Bajet 2010. Saya memberikan markah "cemerlang" kepada beliau kerana - walaupun memperoleh degree dalam pengajian ilmu Wahyu - beliau berjaya membuktikan kemampuan beliau selaku bekas Mentee Dr Dzulkifli Ahmad ketika bersama PPP Pas Pusat dahulu untuk membuat kajian yang sangat "mikro" lantas mampu memberikan kritikan-kritikan tajam dan bernas kepada Bajet 2010.


Ternyata beliau memenuhi hasrat saya untuk tidak terlalu bermain dengan soal angka yang memeningkan, istilah-istilah ekonomi yang sukar difahami, dan tenggelam agak 'lemas' dalam dokumen 55 mukasurat Bajet 2010. Saudara Mior memberikan 'pancing ikan' kepada rakan-rakan usrah 1453, juga sahabiyah usrah UZA di bawah kendalian isteri saya, rakan-rakan mahasiswa UIAM, saudara Alif (Iecothinker) dan saudara Fahmi dari UM yang turut hadir memaknakan perbincangan.


Pendekatan kajian bersifat "political economy" saudara Mior ternyata lebih menyeronok dan menghidupkan perbincangan. Masakan tidak, apabila isu-isu fundamental mempengaruhi 'asbabun nuzul' Bajet 2010 tidak dibentangkan secara terlalu akademik seperti kelas-kelas pengajian ekonomi, tetapi dikaitkan dengan isu-isu semasa politik itu sendiri. Apatah lagi apabila saudara Khairuddin seorang graduan Ekonomi di UIAM memberikan pandangan dan ramalan beliau bahawa Bajet 2010 - yang banyak menekankan soal liberalisasi ekonomi - adalah bajet untuk memerangkap PR secara jangka panjangnya menjelang PRU ke 13 pada sekitar 2012. Masakan tidak apabila masyarakat Cina dan India lah paling bergembira dengan Amanah Saham 1Malaysia dan nikmat-nikmat yang lain dari Bajet 2010. Peralihan undi sokongan Cina dan India kembali kepada BN adalah suatu bahaya besar menanti PR pada 2012.


Terlalu banyak yang mahu dikongsikan dapatan ilmu hasil diskusi pada malam tersebut, khususnya pada diri saya yang jika minggu lepas baru sahaja berjinak dengan dunia perlembagaan dan perundangan, kali ini Allah memilih saya untuk berjinak pula dengan dunia ekonomi global dan Malaysia.


Justeru, saya mengumumkan di hujung usrah 3 resolusi sebagai rumusan dan pelan bertindak mahasiswa yang hadir :

1. Buat penilaian Bajet 2010 secara objektif, bukan 'populis'. Dasarkan kajian dari sumber-sumber primer, bukannya sekunder seperti kenyataan ahli-ahli politik di websites mahupun blog. Sebaliknya merujuk terlebih dahulu kepada dokumen teks Bajet itu sendiri, laporan ekonomi tahunan, penyata anggaran hasil tahunan, penyata perbelanjaan kerajaan persekutuan, website MAF, DOSM, BNM, RH dan kementerian.



Saudara Mior menunjukkan dokumen-dokumen tebal lagi penting yang wajib dibaca sebelum membuat penilaian kepada Bajet 2010. Sekurang-kurangnya mahasiswa perlu membaca akhbar terbaru The Edge jika tidak mampu mendapatkan dokumen-dokumen penting bersangkutan dengan Bajet 2010.

2. Membaca teks ucapan Bajet 2010 memberikan gambaran kepada para pejuang Islam bagaimana sesebuah negara apabila Islam memerintah nanti semestinya diuruskan. Bacalah sekurang-kurangnya untuk mendapatkan gambaran sebenar bahawa tidak semudah yang disangka untuk membina dan membangunkan negara, khususnya dalam kerangka pengurusan Bajet dan ekonomi menurut prinsip Islam.


3. Mengambil pendekatan 'political economy' buat mahasiswa bukan jurusan ekonomi. Ini bermaksud, tidak perlu menjadi pakar-pakar ekonomi yang bercakap dari bilik berhawa dingin di menara gading, tetapi jadilah pemimpin dan ahli politik yang berjiwa ekonomi kerana itu adalah sunnah perjuangan Nabi Allah Yusuf dan Nabi Muhammad S.A.W.


Semoga usaha kami merintis perbincangan Bajet 2010 secara intelektual dan objektif dapat dirintis dan diperhebatkan. Kami menyedari perbincangan berat ini tidak sesuai kepada semua tahap pemikiran aktivis mahasiswa Islam hari ini, namun sekurang-kurangnya menjadi harapan kami golongan pimpinan dan pemikir dalam gerakan mahasiswa Islam dapat menjinakkan diri dengan perbincangan-perbincangan seumpama ini yang sememangnya berada di luar dari budaya perbincangan tradisional jamaah iaitu menyangkuti isu-isu politik gerakan semata-mata.



Posted by Rijal82 6 comments


Konstantinople bukan sekadar kisah sebuah benteng terkebal dunia yang telah menjaga empayar Byzantium selama lebih 1100 tahun dari 29 percubaan dunia (11 daripadanya percubaan tentera Islam) dari jatuh ke tangan musuh. Konstantinople adalah 'simbolik' dari sejarah kepada sesuatu "tembok penghalang" yang sangat sukar untuk dicari jalan penyelesaian meruntuhkannya, sesuatu yang "sangat mencabar" dan "mungkin mustahil" untuk diatasi bagi sebuah pasukan perjuangan Islam.

Pada 1453 Masihi, Al-Fateh berjaya menembusi tembok kebal Konstantinople dengan :

1. Kebijaksanaan beliau melakukan perisikan dan penyamaran menyusup masuk secara senyap ke Konstantinople, sehinggalah akhirnya misi itu menatijahkan ketebalan dinding dapat dikenalpasti dan kedudukan penjara saintis Hungary, Urban yang dipenjarakan Constantine XI dapat diketahui secara terperinci, untuk misi 'prison break' selepas itu.

2. Kebijaksanaan beliau memanfaatkan kepintaran dan kepakaran Urban untuk membina teknologi persenjataan yang mampu merobek tembok Konstantinople.

"Mampukah engkau mencipta meriam yang lebih besar dari meriam yang pernah engkau ciptakan selama ini ? Tanya Al-Fateh. "Akan aku ciptakan buatmu meriam yang akan menggoncangkan pintu tembok itu." Jawab Urban." (rujukan kitab : lihat di bawah)


"Konstantinople" hakikatnya sentiasa wujud dalam perjuangan Islam sepanjang zaman. Yang berbeza cuma bentuknya sahaja.

Pada 1453, ia wujud sebagai satu benteng fizikal dan boleh dilihat dengan jelas kedudukannya, mana bahagian yang sangat tebal dan kebal seperti pintu Edirne, mana bahagian yang sangat lemah dan berpotensi rapuh seperti pintu Topkapi.

"Konstantinople" pada hari ini, ia tetap wujud. Namun ia wujud sebagai satu benteng 'mental' (mental-block) beberapa kerat rakyat Malaysia yang masih lagi didominasi dengan "fear politics" sehingga rasa takut "jika tidak undi Umno-BN, tiada pembangunan akan berlaku.". "Konstantinople" bagi gerakan Islam PAS pada hari ini tidak semudah untuk dilihat sebagaimana pada 1453 Masihi. Hanya yang sukakan budaya mengkaji pemikiran, sikap dan 'mood' pengundi yang sentiasa berubah-ubah dan unik bagi setiap pilihanraya kecil, akan mampu melihat "tembok besar" menakutkan itu. Kegagalan untuk 'melihat' sudut kelemahan tembok itu bererti mengulang kegagalan 11 percubaan tentera Islam sebelumnya untuk merobohkan tembok itu.

Dahulu, 800 tahun percubaan gagal untuk meruntuhkan tembok fizikal "Konstantinople" sehinggalah peristiwa 1453. Hari ini, 11 kali percubaan PAS - dalam tempoh sudah lebih 50 tahun - untuk meruntukan tembok 'Islamophobia' dari kalangan non-Muslim yang selama ini (sebelum PRU 12) memihak kepada Umno-BN hampir-hampir berjaya dirobohkan dalam peristiwa 8 Mac 2008.

Masyarakat Cina kini tidak segan untuk mendekati markas-markas PAS. Masyarakat India tidak segan untuk memakai baju PAS dan mengibarkan bendera-bendara PAS dalam setiap kali pilihanraya kecil. Tuhan akhirnya mengangkat hijab prejudis menebal mereka selama ini kepada PAS dalam PRU yang lepas, satu situasi 'politik baru' yang PAS sedang berjinak untuk berinteraksi dengannya pada saat ini.


Kehadiran dan keberanian 'eksperimen' PAS di "Permatang Pauh" BN di Negeri Sembilan telah membawa 1001 erti yang memakna perjuangan PAS itu sendiri. Bagan Pinang menyaksikan wujud semula tembok "Konstantinople" itu bagi PAS apabila kesemua peti-peti undi di sana menyaksikan kemerosotan undi kepada PAS dan kekalnya sokongan masyarakat India-Cina di sana kepada Umno-BN ketika PR sudah membuat pukulan 7-0 dalam PRK Semenanjung.


Sudah pasti ia suatu cabaran getir menjelang PRU ke 12 (jangkaan saya pada 2012). Apatah lagi jika kita membaca secara 'teori konspirasi jangka panjang' Najib dalam Bajet 2010 iaitu bajet yang bakal memenangi hati rakyat Cina dan India atas nama liberalisasi ekonomi 1Malaysia, sesuatu yang mungkin mengundang bahaya besar pada PR - yang banyak dibantu oleh undi masyarakat Cina dan India dalam PRU lepas - dalam PRU akan datang. Namun, tembok "Konstantinople" itu mesti dirobohkan juga demi membenarkan Islam ke Putrajaya.

Siapa yang tahu, mahu dan mampu merobohkannya ? Sejarah 1453 memberikan jawapan bahawa ia boleh dirobohkan oleh pemikiran 'Think Out of The Box' anak muda dan "semangat Bushido" (never give up) para Pemuda.


Senjata apa yang boleh merobohkannya ? Apakah "meriam Urban" bagi berdepan dengan kemungkinan PRU 2012 akan mengulang tragedi pahit PRU 2004 yang hampir membatunisankan pembangkang ? Sejarah 1453 mengajar kita bahawa membina kepakaran atau memanfaatkan golongan pakar dalam bidang-bidang strategik yang boleh memusnahkan musuh adalah jawapannya.

"Dan bersiap sedialah kamu untuk menghadapi mereka dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang gagah sehingga menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya." (al-Anfal: 60)

1453 menyaksikan betapa sukarnya misi 53 hari merobohkan tembok "fizikal" Konstantinople, namun akhirnya sikap ketidakputusasaan Muhammad bin Murad dan tenteranya menatijahkan kejayaan.


Mampukah 2012 menyaksikan kejayaan PAS menembusi "tembok besar" mengarati pemikiran masyarakat Melayu - khususnya di Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor - yang terus menebal semangat ultra-Melayunya sehinggalah tembok itu menghalang mereka dari melihat soal integriti dan kualiti pemimpin yang mahu dipilih (sample di Bagan Pinang) ?

Mampukah PRU 13 menyaksikan PAS dan PR mampu melebarluaskan "politik baru" (enlighten politics) yang berasaskan nilai dan substansi perjuangan, guna untuk merobohkan tembok politik "feudal" dan "fear politics" di kerusi-kerusi Parlimen "60 : 40" (60 % Muslim, 40 % non Muslim) ?


Kitalah generasi muda "meriam Urban" gerakan Islam yang akan menentukan masa depan perjuangan Islam yang sayangi dan dokongi ini. Menjadi sunnatullah bahawa setiap perjuangan Islam ada "Konstantinoplenya" dan ada "saintis Urbannya". Setiap kepayahan ada kemudahan.

Kepimpinan hari ini akan berlalu suatu hari nanti, soalnya bagaimana persiapan generasi baru pelapis perjuangan untuk membuat persiapan mendapatkan seramai mungkin "saintis-saintis Urban" dalam pelbagai lapangan ilmu strategik, bagi merobek "tembok penghalang" ke Putrajaya.

Terima kasih Dr Dzulkifli Ahmad kerana sudi berusrah dengan kami dan rakan-rakan aktivis UM. Perkongsian pengalaman selaku Ahli Parlimen yang menang tipis dengan kelebihan undi non-Muslim di Kuala Selangor, serta paparan kajian demi kajian "blind spot" beliau di sebalik tabir Bagan Pinang dan isu-isu politik Malaysia dan gerakan Islam PAS, akhirnya telah membakar semangat saya untuk terus komited dalam usaha mempersiap diri bagi mewarisi baton perjuangan ini suatu ketika nanti bersama rakan-rakan seangkatan yang lain.


Related link : Usrah UZA Menyinggung Masa Depan Gerakan Islam Malaysia

Isteri saya mengambil kesempatan untuk mendekati isteri Dr Dzulkifli. Tampak jelas wajah kepenatan seorang ibu dan isteri kepada seorang ahli politik Islam di Malaysia.

Posted by Rijal82 4 comments


Perubahan minda (mental-reform) adalah sebesar-besar impak perubahan berbanding perubahan struktural mahupun teknikal. Kerana kuasa sebuah idea akan mampu kekal dan berpengaruh untuk beberapa lama tanpa mengira siapa yang menuturkannya mahupun generasi mana yang melaksanakan idea tersebut.

"Tiada yang lebih berkuasa dari satu idea yang telah tiba pada masanya." - Victor Hugo, reformis Perancis

Sebuah idea yang 'brilliant' adalah apabila berasal dari lubuk hati yang bersih dan objektif tanpa terlalu terikat (jumud) dengan mana-mana mazhab pemikiran (school of thought) yang pernah dilalui sebelumnya. Albert Einstein pernah menyebut bahawa musuh kepada proses aku mempelajari sesuatu adalah sistem pendidikan (doktrinisasi) terhadapku sebelum ini.

Tahniah pada Husam Musa atas idea 'out of the box' beliau apabila mencadangkan agar kerajaan PAS Kelantan menerima wakil rakyat pembangkang (Umno) di Kelantan sebagai Timbalan Exco Kerajaan Negeri sekiranya ia tidak menyalahi peraturan (lihat SIASAH).


Husam yang selama ini tegas dengan kebersamaan PAS dalam PR dan banyak digelar sebagai "anti-UG", tiba-tiba nampaknya mengemukakan idea semacam mirip pula dengan UG (fahami "unity government" dalam definisi akademi sains politik) tetapi di negeri Kelantan. Antara "ruh" kepada Unity Goverment adalah memilih Kabinet Eksekutif dalam kerajaan (sama Persekutuan mahupun Negeri) berdasarkan kualiti dan kepakaran individu lebih mengatasi kepentingan partisan. Jika yang mempunyai kepakaran itu dari pembangkang (musuh politik) berbanding rakan seangkatan dalam parti, manfaatkan mereka pada tempatnya.

Teringat saya kepada Rasulullah memanfaatkan seorang Badawi musyrik, Abdullah bin Uraiqith yang paling 'genius' dengan geografi Makkah-Madinah untuk membantunya melancarkan projek Hijrah. Teringat saya pada Muhammad al-Fateh yang memanfaatkan saintis persenjataan Hungary iaitu Urban untuk mencipta meriam bagi meranapkan benteng Konstantinople.

Demikianlah kuasa sebuah idea yang objektif dan "berani", tidak mewakili mana-mana individu, parti, mahupun blok pemikiran yang lampau semata-mata, tetapi sedia terbuka dengan apa jua idea-idea baru yang mungkin bercanggah dengan idea-idea lama sebelum ini.

Perubahan ijtihad mestilah berlaku berdasarkan perubahan realiti yang dihadapi. Inilah "politik baru" yang lebih berasaskan politik nilai yang matang.

Mohd Sayuthi Omar
sentiasa kritis dan kontroversis dalam blognya terhadap Husam Musa. Namun kali ini beliau memujinya.

"Cadangan ini bagi saya satu cadangan yang baik dan menunjukkan kegeligaan otak beliau. Inilah yang saya kata dulu bahawa si baju petak-petak merah ini seorang yang bijak dan berpandangan jauh. Sebab itu saya telah gila-gila berusaha untuk mengusungnya ke Kelantan pada tahun 2004 sebagai persiapan untuk menjadi Menteri Besar bagi mengganti Nik Aziz. Saya sudah dapat membaca kelebihan dan kehebatan yang ada kepadanya dan jarang dimiliki pemimpin pelapis lain di Kelantan.

Cadangan yang beliau kemukakan itu membuktikan kepelbagaian beliau dalam menyelesaikan masalah politik. Ia juga menunjukkan keberaniannya. Dalam saat orang membuang kerjasama dengan Umno tetapi beliau boleh tampil membuat cadangan itu. Pada saya inilah keberanian yang harus ada kepada mana-mana pemimpin. Sifat-sifat yang dimilikinya inilah mewajarkan beliau menjadi pemimpin. Seorang pemimpin itu harus senantiasa ada pemikiran dan idea-idea baru yang progresif dan dinamik.

Dalam konteks Kelantan kalau berlaku kerjasama seperti mana dicadangkan Husam itu, ia boleh menzahirkan suasana politik yang harmoni di Kelantan. Maka akan wujudlah satu pendekatan dan stail baru politik yang membawa keuntungan kepada rakyat jelata. Dengan wujudnya kerjasama itu juga nanti maka tidak payahlah kerajaan Kelantan menjerit-jeirt meminta royalti petroleum atau sampai terpaksa bawa rombongan ke tengah laut sehingga dihempas dan dipulas gelombang dan termutah-muntah

Ikhlas saya nyatakan walaupun dari segi peribadi, merujuk kepada perangai si baju petak-petak merah saya tidak senang, tetapi saya suka dengan ideanya itu. Isu peribadi saya dengan beliau tidak harus dijadikan sebab kenapa idea itu ditolak. Saya berharap Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar bersedia menimbang untuk memberi kelulusan kepada cadangan itu.." - MSO

Penutup

Saya tegaskan bahawa motif utama saya menulis mengenai Husam ini bukan mengenai ideanya, seolah-olah membuka semula perdebatan mengenai UG. Keputusan pimpinan kita junjung kerana itu disiplin perjuangan berpasukan.

Apa yang saya mahu rakan-rakan angkatan anak muda ambil pelajaran dari tokoh seperti Husam ini adalah BERANI dalam mengutarakan sesuatu idea serta BERSEDIA UNTUK TERBUKA walaupun terpaksa membangkang idea sendiri yang sebelum ini. Itu spirit sebenar penulisan saya kali ini supaya diambil iktibar.


Posted by Rijal82 Saturday, October 31, 2009 3 comments


Saya dan isteri terus dirundung kemurungan menatapi puluhan bloggers yang sedang mengaum ganas menyinggung isu di sebalik tabir cadangan EGM oleh TGNA dan menjelang Mesyuarat Khas PAS Pusat malam esok.

Penuh debaran dan kebimbangan menyaksikan apakah kesudahan penangan yang ditiupkan wiselnya oleh seorang profesor undang-undang di kampus saya, UIAM.

Apapun, sejuk hati buat seketika menatapi tulisan terkini guru saya di Sekolah Pemikiran Muda baru-baru ini, saudara Hanipa Maidin. Buat kali kedua, beliau bercakap bagi pihak 'emosi' saya saat ini yang sukar untuk diterjemahkan dalam kata-kata di blog ini.

Berapa yang ramai yang mampu menjejaki ruh perjuangan jihad Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden PAS dan Ketua Pembangkang Malaysia dahulu, namun pada masa yang sama mampu juga menekuni kebijaksanaan dalam membaca politik semasa dan jauhnya pandangan beliau.


"...Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor...." (baca lanjut di blog Hanipa Maidin)


Posted by Rijal82 Tuesday, October 27, 2009 3 comments


"Inilah konsep kepimpinan yang diserlahkan juga oleh dari Nabi Allah Yusuf alaihissalam. Baginda tahu benar permasalahan yang bakal berlaku 7 tahun kedua selepas 7 tahun pertama kesenangan menimpa rakyat negara Mesir. Lantas keupayaan, idea “problem-solving” dan kepakaran pengurusan ekonomi yang ada pada baginda hasil anugerah Allah S.W.T, baginda menawarkan diri menjadi pemimpin ekonomi Mesir. Sejarawan menyatakan Nabi Yusuf menerima jawatan Menteri Kewangan Mesir pada usia 24 tahun !" (link)

Saya tidak pasti berapa kerat mahasiswa Islam yang berminat untuk mengambil tahu isu-isu sekitar pembentangan sulong "RM191.5 bilion Bajet 2010" oleh PM Najib Razak pada 23 Oktober lepas. Anda sendiri boleh melihat di blog-blog mahasiswa, berapa ramai yang menyinggung isu Bajet 2010.

Yang saya yakin, isu cadangan EGM PAS dari Mursyidul Am PAS - semacam "luka lama berdarah kembali" - akan lebih menjadi bualan hangat para aktivis gerakan Islam kampus berbanding isu Bajet 2010, sama ada di alam bloggers mahupun di kedai kopi.

Lebih mengecewakan lagi apabila ada yang ditanya apakah isu-isu penting sekitar Bajet 2010 - sama ada anda sokong atau anda bangkang isu itu, maka yang dijawabnya "maaf ustaz, tak sempat baca lagi...", atau lebih mengkagumkan lagi, "tak tahulah ustaz..mereka tu kerajaan sekular...peduli apa.."

Kekadang sedih mengenangkan bukan sekadar tahap kecaknaan isu-isu kenegaraan yang tidak diambil peduli oleh segelintir ahli gerakan mahasiswa Islam, lebih dari itu sistem pendidikan gerakan itu sendiri tidak menyediakan suasana yang rancak dan menghairahkan untuk ahli mahupun pimpinan membincangkan ataupun sekurang-kurangnya terdedah - sama ada dengan rela mahupun paksa demi perubahan paradigma - mengenai isu-isu semasa kenegaraan sepenting pembentangan Bajet 2010.

Yang pelik, bila ditanya, apa tujuan berada dalam gerakan mahasiswa Islam ini, maka dengan penuh keyakinan dan retorik, "untuk memperjuangkan wujudnya sebuah negara Islam di bumi ini". Namun apabila ditanya lagi, bagaimana sifat negara itu, apakah bentuk dan polisi kenegaraannya dalam konteks Malaysia, jika anda sebagai Perdana Menteri dari gerakan Islam, apa yang akan anda tawarkan pada rakyat Malaysia, maka semesta alam menyaksikan kebanyakannya akan membisu seribu bahasa.

Demikianlah saya menggambarkan seketika sindrom pemikiran 'simplistik' segelintir mahasiswa Islam. Ia hanya mendedahkan karakter sebenar mereka yang selama ini diharapkan untuk menjadi pemimpin masa depan gerakan Islam "government in waiting" pada masa akan datang. Malangnya, mentaliti "jaguh kampung" dan berjiwa kerdil, masih mengarati pendekatan kaderisasi sesetengah ahli gerakan Islam di kampus.

Lemahnya penguasaan maklumat mengenai pergerakan musuh adalah suatu ancaman kaderisasi tarbiyah yang semestinya diambil berat oleh kilang gerakan mahasiswa Islam. Izinkan saya memetik kata-kata terbaru Ustaz Hasrizal apabila beliau menyinggung masalah "komunikasi" yang memunca kepada berulangnya perselisihan pandangan secara terbuka antara dua jalur pemikiran dalam PAS :

"Apakah ini petanda yang PAS masih belum memfakihkan diri dengan bentuk peperangan semasa yang dirinya sedang berada? Bahawa peperangan hari ini adalah peperangan maklumat. Kegagalannya menguasai maklumat bererti mereka berperang tanpa senjata, atau masih berkeris ketika peluru berpandu menembak jauh dari ribuan batu...Era perang digital, jangan lagi membawa sikap analog yang membinasakan." ("Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan")

Mungkin inilah juga yang dimaksudkan oleh saudara Faridzul Nasarudin mengenai agenda awalnya iaitu "mental reform" (klik point ucapan dasarnya sempena AGM MC baru-baru ini di sini) yang belum mampu beliau lakukan sepenuhnya sepanjang memandu Ma'ruf Club dan seluruh pendukungnya menuju reformasi membanteras "the captive mind" yang wujud pada mahasiswa di UIAM dan juga para pendukung MC itu sendiri.

Pada kesempatan ini, saya ingin menyarankan kepada seluruh pimpinan gerakan mahasiswa Islam supaya mengadakan diskusi Bajet 2010 kepada ahli-ahli. Jika ahli merasakan upaya minda mereka belum bersedia untuk terdedah kepada isu-isu kenegaraan ini, tidak mengapa, sekurang-kurangnya golongan pimpinan yang melakukannya, samada ada secara kecil-kecilan mahupun secara kelompok yang lebih besar.

Antara flow yang boleh saya sarankan :

1. Jemput penganalisis ekonomi - atau mereka yang mengkaji Bajet 2010 secara mikro - pada masa yang sama 'dekat' dengan dunia gerakan Islam untuk memberikan komentar atau ulasan sekitar Bajet 2010. Rakan saya seperti saudara Mior Isfandy antara figura bekas aktivis mahasiswa yang sangat sesuai untuk dihubungi kerana beliau pernah bergelumang dalam dunia pasukan ekonomis gerakan Islam ini. Sementalahan, beliau masih segar bugar mempunyai darah anak muda dan idealisme kemahasiswaan (the third voice).

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan "Bajet", apakah kepentingan dan kedudukannya dalam sesebuah kerajaan yang memerintah, apakah hubungkaitnya dengan para pemimpin masa depan gerakan Islam pada masa akan datang.

Pernyataan "end in mind" ini penting supaya peserta tidak mengantuk di awal perbincangan. Pastikan alat bahan bantu seperti LCD wajib disediakan dengan memaksimumkan otak kanan lebih dari angka-angka Bajet yang memeningkan.

Jika mampu, sifu yang dijemput mampu membaca Bajet 2010 dengan tersurat dan tersirat.

2. Sarankan ahli ataupun usrah melakukan 'assignment' masing-masing sebelum diskusi dimulakan.

Ahli disarankan melayari blog-blog atau membaca akhbar-akhbar alternatif yang memberikan komentar kritis kepada Bajet 2010, sama ada pro mahupun kontra kepada kerajaan. Ataupun bertemu dengan pensyarah-pensyarah masing-masing yang difikirkan boleh memberikan pandangan mengenai Bajet 2010.

Jika tidak boleh menyinggung semua bahagian dalam Bajet setebal 55 mukasurat itu, jangan tinggalkan semua. Sekurang-kurangnya isu yang bersangkut paut dunia anda sendiri iaitu sektor pelajaran dan pendidikan tinggi.

3. Kenalpasti dan rancakkan sesi Q & A dengan isu-isu panas sekitar Bajet 2010.

Tak perlu banyak bertanya kepada pembentang, tetapi berikan pandangan kritis yang tidak diberikan oleh pembentang.

Adalah malang jika mahasiswa melihat Bajet ini sama seperti rakyat awam yang terpukau dengan terma-terma 'populis' Najib, sedangkan mahasiswa seharusnya melontarkan beberapa persoalan "blind spots" di sebalik tabir Bajet 2010 seperti :

- Beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Kenapa ?

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Tetapi belanja pembangunan mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008 ! Kenapa ?

- 43.5% pendapatan negara masih dari sumber minyak mentah (sumber asli) dan ini adalah pendekatan 'conservative economy'. Kenapa terus dengan pendekatan ini ?

- Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Kenapa jadi begini ?

- Ke manakah bajet perkhidmatan pengangkutan awam dalam Bajet 2010 sedangkan dalam bajet tahun lalu Pak Lah mengadakan satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 ?

- Kenapa kerajaan hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) berbeza sedikit berbanding harga pasaran sebenar sekitar RM40-50 ribu? Wujudkah hidden agenda ?

- Cukupkah peruntukan RM 6 bilion bagi sektor pertanian ketika catastrophy masalah pemakanan global sedang diramalkan pakar-pakar mikro ekonomi akan menjadi lebih 'menakutkan' pada masa akan datang ?

- Ketiadaan peruntukan kepada sektor pertahanan pasca Bagan Pinang. Inikah hadiah' undi tentera yang memenangkan BN ?

- Ancaman kapitalisme dan utilitarianisme ke atas menara gading di Malaysia ? Kerajaan membenarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjana hasil pendapatan sendiri agar dapat mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada kerajaan.

- Apa yang dimaksudkan ancaman ekonomi masa depan berbentuk "W-recovery", bukan "V-recovery" ?

- Kajian World Economic Forum menyatakan Malaysia lucut 3 anak tangga. Kenapa ?

- Kenapa setiap kali pembentangan Bajet oleh kerajaan BN, tidak ada paparan lebih awal kepada rakyat - khususnya dengan kemudahan internet - seperti yang dilihat di negara maju ?

Sudah pasti pelbagai persoalan dan kritikan boleh dibincangkan dan disinggung.

3. Meresolusikan akhir diskusi bahawa jika gerakan Islam memerintah Malaysia tidak lama lagi, apakah kerangka jelas Bajet "Negara Islam" - yang diharapkan berbeza dengan jelas dengan Bajet kerajaan BN-Umno - yang akan diumumkan dan dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, muslim dan non-Muslim. Siapa yang perlu menjadi pasukan ekonomis dan pasukan pemikir tersebut dari sekarang ?

Tidak perlu menjadikan diskusi ini seperti kuliah subjek ekonomi yang mungkin berpotensi untuk tidak 'manusiawi' dengan mahasiswa yang bukan jurusan ekonomi.

Apa yang saya maksudkan dari diskusi ini bukanlah mahasiswa menekuni angka-angka memeningkan kepala yang dibentangkan PM Najib, ataupun dipaksa memahami istilah-istilah ekonomi seperti KDNK, ekonomi 'makro', FDI, "bail-out", dan sebagainya yang mungkin memberatkan minda bagi sesetengah aktivis yang tidak biasa dengan diskusi berat.

Cukup mendapat gambaran bagaimana sebuah kerajaan yang menerima mandat rakyat, mengagih-agihkan kekayaan kepada rakyatnya secara adil, dan sejauhmana perancangan dilakukan bagi berhadapan dengan cabaran ekonomi negara di masa depan.

Sememangnya mudah untuk menyatakan "kerajaan BN-Umno adalah kerajaan yang sekular" dan kemudian full-stop. Namun, seharusnya kita tidak mensia-siakan kelebihan pasukan ekonomis, kompetensi dan pengalaman puluhan tahun mereka mentadbir negara yang diserlahkan dalam dokumen 55 mukasurat Bajet 1Malaysia tersebut.

Kajilah kekuatan musuh dan binalah persiapan untuk mengatasi kekuatan mereka.

PAS beruntung kerana pada saat ini mempunyai figura ekonomis seperti Dr Dzulkifli Ahmad manakala PR secara keseluruhannya mempunyai figura mantan Menteri Kewangan termuda dalam sejarah politik Malaysia, DSAI. Namun, mereka adalah pemimpin pada hari ini, soalnya siapa yang menjadi klon mereka pada masa akan datang ?

Masihkah gerakan Islam pada masa akan datang bertongkatkan seorang dua batang tubuh atau lebih baik kita mulakan membina pasukan kepimpinan muda berwibawa pada saat ini yang walaupun mereka bukan jurusan ekonomi sekalipun, namun sekurang-kurangnya mempunyai jiwa yang sensitif dengan isu-isu ekonomi negara.

Saya juga menyarankan anda membaca tulisan saudara Rausyanfikir yang turut sama menyinggung soal persiapan PAS dan kader-kader gerakan Islam dalam suasana "battle of ideas" pada saat ini. Lihat di sini

Juga lihat bagaimana DAP tampak lebih bersedia apabila menyediakan Bajet Alternatif dari mereka sendiri. Gerakan Islam bagaimana ? Lihat di sini


Firman Allah : "Dia (Yusuf) berkata: Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit yang kamu makan. Kemudiansetelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (butir gandum) yang kamu simpan." (Surah Yusuf: 47-48)

Posted by Rijal82 Sunday, October 25, 2009 8 comments

Sekolah Pemikiran Muda siri 4 menjanjikan proses pecah minda yang lebih mencabar pada kali ini. Mencabar, kerana ia bukan sekadar soal saya memberikan perkenalan ringkas kepada definisi oksidentalisme (melihat Barat dalam acuan Timur-Islam), mahupun menyaksikan kehandalan intelektual saudara Naim dari UM dalam menyinggung setiap pembentangan peserta.

Ia juga bukan kerana menyaksikan isteri saya diasak oleh trainer jemputan, Us Nizam mengenai proses bedah bukunya mengenai Politik Perlembagaan karangan Prof Aziz Baru, sebuah buku santai undang-undang yang merupakan usaha 'tajdid' Prof Aziz Bari bagi mendekatkan pembaca dan mahasiswa bukan jurusan perundangan kepada dunia perlembagaan melalui pendekatan penulisan berdasarkan isu-isu semasa pada sekitar PRU era Dr Mahathir.

Isteri saya membentangkan penuh semangat mengenai Politik Perlembagaan karangan Prof Aziz Bari. Inilah kesempatan yang pertama kali saya lihat isteri saya bercakap mengenai "bidang akademik beliau sendiri" di depan mata saya.

Mencabar, kerana kali ini saya mula ‘berkenalan’ dengan disiplin pemikiran mahasiswa undang-undang, sarjana-sarjana mereka seperti Tan Sri Harun Hashim, Tun Salleh Abas, Prof Aziz Bari dan sebagainya.

Kali ini juga saya menyaksikan kepentingan memahami Perlembagaan Malaysia walaupun saya bukan mahasiswa undang-undang, jauh sekali dari meminati dunia undang-undang suatu ketika dahulu.

Terima kasih SPM 4 kerana mendekat dan menjinakkan saya dengan dunia yang selama ini isteri saya bergelumang di dalamnya tanpa saya 'menjiwainya'.

Antara dapatan paling bermakna dalam diskusi akademik dan berat kali ini adalah :

1. Kepentingan memahami Perlembagaan Malaysia, ruang-ruang ‘Islamisasi’ yang wujud dalam kerangka penuh sejarah tersebut, sejauhmana keperluan – jika gerakan Islam memerintah - untuk meminda peruntukan mahupun pentafsiran mahupun menolaknya mentah-mentah atas slogan simplistik bahawa ia ‘perlembagaan sekular’.

Adalah suatu kemalangan bagi saya sebelum ini yang bercita-cita untuk membangunkan cita negara Islam di Malaysia, namun hakikatnya tidak pernah saya menatapi sebuah buku kecil bernama Perlembagaan Malaysia itu sendiri.

Malang bagi saya sebelum ini yang berfikiran untuk berjuang menegakkan Islam namun ‘di luar’ (meremehkan) asas-asas yang telah sedia ada yang selama ini telah membangunkan Malaysia dengan segala kemajmukannya.

Saya sebelum ini sangat retorik dan 'tekstual' dengan Sahifah Madinah, namun saya gagal membongkar lebih mendalam 'ruh' pemikiran Nabi ketika memeterai Sahifah tersebut, bahkan saya jauh dari bersifat manusiawi dengan realiti di Malaysia dan senarionya yang berbeza.

Saya dahulunya sangat jauh dari sikap konstruktif dan adaptif (kompromotif) dengan kerangka sedia ada yang telah diterima pakai puluhan tahun lamanya dan selepas beberapa konflik berdarah negara ‘menelurkan’ pelbagai siri pindaan dalam Perlembagaan Malaysia.

Terima kasih SPM, saudara Hanipa Maidin, dan lain-lain mentor yang hadir kerana mencerahkan minda saya yang selama ini bermusuh dengan kejahilan dalam dunia legislatif dan perjuangan Islam "dalam kerangka" perlembagaan.


2. Memahami doktrin pengasingan kuasa antara ‘presidential democracy’ dan ‘westminster democracy’ yang diamalkan di Malaysia, kelebihan dan kekurangan yang wujud sepanjang sejarah dan tragedi hitam kehakiman di Malaysia.

Apa yang paling menarik saya perolehi dari Ust Nizam adalah analogi ‘menggelikan hati’ beliau membezakan kelebihan pemerintah (3 Perdana Menteri pertama Malaysia) berlatarbelakangkan lulusan undang-undang dengan PM ke 4 yang berkelulusan "doktor gigi".

Dari situ, beliau menjawap persoalan tersirat saya ajukan sebelum itu iaitu apakah ‘style of thinking’ mahasiswa undang-undang andaikata jalur pemikiran mereka mahu dimanfaatkan dalam gerakan Islam secara idealistik dan mengesankan.

Dalam SPM akan datang bertemakan “Sistem Politik Malaysia”, saya telah ditaklifkan untuk membentangkan mengenai Sistem Sosio-Politik di Turki dan perbandingannya dengan Malaysia. Sungguh ‘menakutkan’ buku yang dicadangkan saya merujuknya, namun apa yang pasti, sindrom ‘Turkimania’ telah melanda minda saya.

Maka saya menyahut seruan itu dengan keghairahan mahu menggeledah lebih mendalam mengenai Turki serta faktor-faktor penting memungkinkan 'aura' AKP seakan mengembalikan 'aura' Al-Fateh pada 1453 di sana, dan hasrat saya untuk mentahkik sejauhmana persepsi yang saya sebelum ini bahawa Turki merupakan sebuah negara yang "genius" rakyatnya.

Wallahu a'lam.

Posted by Rijal82 Saturday, October 24, 2009 2 comments


Saya jarang menulis dalam blog saya mengenai kisah-kisah Baitmuslim saya bersama isteri saya, Nurul. Walaupun saya akui kekadang saya 'cemburu' dengan sahabat-sahabiyah baik saya yang sering update blog mereka dengan gambar-gambar aksi anak mereka yang baru dilahirkan, sehingga saya sendiri kekadang terfikir bila pula giliranku untuk merasai nikmat kegembiraan seperti mereka, anak pewaris perjuangan kini sudah di sisi.

Saya kekadang rasa bersalah, sering bercakap mengenai Muhammad al-Fateh, tetapi saya sendiri belum 'mencetaknya' pemikiran, sikap dan jasadnya dengan airtangan saya sendiri.

Sudah pasti firman Allah di penghujung surah Adh-Dhuha (wa amma bi ni'mati rabbika fa haddis) menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk berkongsi dan mengumum kegembiraan itu di alam maya.


End In Mind

Di sebalik kesempatan masa menulis mengenai kisah Baitmuslim saya, pasti tetap akan ada elemen 'motivasi' yang saya mahu selitkan pada isteri saya dan lebih penting lagi para pembaca blog saya.

Elemen 'motivasi' inilah yang mungkin ada segelintir adik-adik aktivis gerakan Islam di kampus tidak memperolehinya. Jika termotivasi sekalipun, silapnya yang mereka dapat gambaran hanyalah terhenti setakat "mencetak generasi" atau kelahiran zuriat-zuriat cahaya mata.

Lebih jauh dari itu seperti perancangan membina masyarakat (mujtama' muslim), membina negeri dan negara dengan "aura" Baitmuslim itu juga, seakan pudar tidak kelihatan dan tidak termotivasi ke arah itu.

Saya pernah menulis dalam posting sebelum ini, kenapa kita tidak belajar dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mungkin juga tidak salah saya sebutkan di sini Barrack Obama (ambil sisipan positif) yang sentiasa tidak pernah melupakan isteri dan anak-anak masing-masing dalam postur gambar-gambar penting untuk diabadikan oleh media-media dalam isu-isu penting negara.


Bermula Dari Masalah Persepsi


Lantas akibat keterbatasan perkongsian pengalaman Baitmuslim dari senior-senior masing-masing, maka ada yang terperangkap dalam pelbagai persepsi yang silap mengenai Baitmuslim, atau mencipta persepsi sendiri. Lantas, mulalah episod "bermusuh" dengan persepsi silap yang dicipta sendiri.

Pepatah Arab menyebut : "Manusia sering bermusuh dengan perkara yang mereka jahilkan."

Albert Einstein pula menyebut : “The only thing that interferes with my learning is my education.” (musuh kepada perkembangan intelektualku adalah sistem pendidikan yang aku lalui di masa silam).


Lantas...

Di situlah munculnya penulisan saya apabila menyinggung bab Baitmuslim. Sememangnya saya sukakan keunikan dan kelainan ketika bloggers pasangan mutazawijain yang lain juga ada pendekatan masing-masing dalam berkongsi pengalaman hidup berumahtangga ini. Sudah pasti, masing-masing berhak dengan keunikan pendekatan masing-masing.

Jika tidak, usahlah dinamakan "blogspot" jika 'kebebasan" menulis catatan peribadi ini dinafikan, dan kemudian dibanding-bandingkan dengan blog para asatizah yang sememangnya telah well-established dan well-organized melalui puluhan tahun asam garam rumahtangga, berbanding saya dan isteri yang baru setahun jagung mendirikan dan menyesuaikan tapak 'masjid' Baitmuslim yang kami dirikan ini.


Perbezaan Pendekatan Antara Blog Kami

Sememangnya jiwa lelaki mencapah dan bersifat "goal-minded", manakala jiwa perempuan bersifat mikro (menumpu) dan "relationship oriented" sebagaimana ulasan John Gray dalam "Man Are From Mars, Women Are From Venus".

Pengiktirafan saintifik kelebihan dan keunikan pasangan Adam dan Hawa inilah yang kini saya rasai bersama isteri, dan kami mahu buktikan kepada rakan-rakan aktivis yang akan mengikut jejak langkah mendirikan rumahtangga.

Manakala yang belum bersedia, bacalah supaya ia boleh menambahbaik mentaliti dan worldview kita jika ditanggapi dengan positif dan terbuka, serta dengan bekalan iman pada Tuhan. Bukankah Allah memerintahkan kita "Iqra" apa sahaja, tetapi dengan "Bismirabbika...."

Sememangnya benar, pembaca blog terdiri dari mereka yang pelbagai tahap iman. Justeru kami hadapkan kisah-kisah kami dengan pendekatan bahasa orang yang ada iman di jiwanya.

Orang yang tidak ada iman sekelumitpun di jiwanya, hadapkanlah kepadanya kisah-kisah kehebatan seorang muslimah mahupun seorang mujahidin di sebuah blog Islamik sekalipun, nilaian nafsu syahwat pasti akan menjadi persoalan akhirnya juga.

Justeru, bukan kita yang menentukan tahap iman, apatah lagi kualiti jihad dan perjuangan seseorang penulis blog, apatah lagi kualiti Baitmuslim sepasang bloggers.

Andaikata sehingga memalitkan perkataan "tercemar" pada sesebuah rumahtangga Baitmuslim hanya kerana mereka berkongsi pengalaman perjuangan bersama di blog masing-masing, dibimbangi pertuduhan seperti itu tidak adil dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan nanti.

Sejauhmanakah kita arif dan melihat kerja khairat dan perjuangan belakang tabir orang lain ?


Terbatasnya Sebuah Kemampuan

Seseorang itu sangat terbatas masanya untuk menulis apabila masanya untuk aktivisme adalah lebih menjadi keutamaan.

Justeru, penulisan di blog bukanlah menyerlahkan segala diari kehidupan. Justeru, "don't judge the bookl by its covers." Berpadalah dalam membuat penghukuman berdasarkan apa yang terzahir sahaja, janganlah sampai tersasar menghukum apa yang ada di batin dan sanubari ini, apatah lagi menyangkut paut soal iman dan jihad seseorang.

Yang wajib dilakukan oleh seseorang mukmin kepada mukmin saudaranya adalah menasihati saudaranya andaikata jelas tersimpang. "Berilah nasihat dengan kebenaran (objektif), berilah nasihat dengan kesabaran."

Sememangnya ada teguran dari sahabat-sahabat sebelum ini yang saya dan isteri terima dengan lapang dada dan positif, dan kami lakukan perubahan demi kebaikan kami sendiri.


Please Read Behind The Lines


Kekadang saya sentiasa dirundung rasa bersalah andaikata pengalaman manis dalam Baitmuslim ini tidak saya kongsikan. Usahlah didefinisikan "manis" itu sebagaimana definisi perkahwinan dalam tamadun Westernisasi Barat yang mempertuhan seksual.

"Manis" bagi kami adalah sudah pasti apabila dikaitkan dengan perjuangan sama ada di pentas dakwah, tarbiyah mahupun politik. Justeru, jika dibaca secara mikroskop, tidak pernah posting kami mengenai Baitmuslim akan berakhir sekitar cerita seorang suami mahupun seorang isteri sahaja. Justeru, bacalah sehingga habis, jangan sekerat-kerat.

Jika diamati dengan objektif, jauh dari prejudis dan emosi, membaca yang tersurat dan tersirat, akan didapati dari penulisan kami beberapa mesej. Antaranya masing-masing mesti istiqomah dan meningkatkan komitmen perjuangan masing-masing walaupun sudah bergelar suami isteri.

Kekadang sesuatu mesej itu bila disampaikan dalam bentuk naratif sebuah dialog atau penceritaan berdasarkan pengalaman sendiri, tanpa menyebutkan secara tekstual petikan dari ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Sahihah mahupun teks-teks sirah Nabawiyah, ia tetap menyampaikan mesej dakwah yang Nabi S.A.W sebutkan secara tersurat dalam sumber-sumber utama tersebut. Lantaran kami telah mengishytiharkan bahawa posisi blog kami bukanlah blog ilmiah mahupun blog PMI mahupun blog "tempat rujukan fatwa".


Apakan Daya Kami

Ramai bloggers yang berkongsi pengalaman "real" dalam arena tarbiyah dan dakwah dengan anak-anak mereka sendiri. Ustaz Hasrizal sendiri banyak berkongsi pengalaman hidup beliau mutakhir ini, dengan kisah dakwah bermula dari karenah anak-anaknya sendiri. Demikianlah qudwah bil hal sebagai setajam-tajam bicara mempengaruhi qalbu insan.

Namun apakan daya saya. Pada saat ini, saya belum lagi dikurniakan lagi dengan cahaya mata pewaris perjuangan. Saya telah merasai "separuh ketaqwaan" yang disabdakan Nabi, namun saya belum merasai "zuriat penyejuk mata" yang juga disabdakan Nabi. Namun saya yakini masa itu akan datang jua.

Jadi apa yang mampu saya kongsikan di alam maya mengenai Baitmuslim saya hanyalah kisah isteri saya. Siapa lagi yang lebih dekat dengan saya. Adakah saya perlu bercerita lagi mengenai sahabat-sahabat baik saya dahulu di kampus yang mesyuarat bersengkang mata bersama, tidur sekatil, makan sedulang, ifthar bersama dan berjuang ketawa dan menangis bersama.

"Apabila anda berkahwin, sebelah kaki anda telah berada dalam keluarga isteri anda", demikianlah kata-kata ibu saya untuk memudahkan kita faham besarnya perbezaan "mindsetting", "worldview" dan tanggungjawab antara seorang yang telah bergelar suami, yang terikat dengan amanah dan nafqah kehidupan di depan matanya, dengan seorang yang bergelar teruna, yang masih bebas mencorak kehidupan bersama rakan-rakan seperjuangannya.

Apabila telah berkahwin, isterilah 'teman dan sahabat' yang paling dekat dengan kita, bukan orang lain.


3 Asas Kami

Namun, apa yang penting di sebalik kebebasan bercerita mengenai Baitmuslim, adalah proses penceritaan itu mestilah bukan sekadar mengikut lunas-lunas Islam, bahkan menjaga lunas-lunas ahli gerakan Islam. Inilah pegangan saya dan isteri apabila menulis mengenai Baitmuslim.

Objektif kami menulis mengenai Baitmuslim, samada secara tersurat atau kebanyakannya tersirat adalah :

- dengan harapan pembaca dari kalangan aktivis mahasiswa Islam akan bersemangat untuk memilih pasangan sesama ahli gerakan sendiri (jika boleh dan melalui prosedur syar'ie yang munasabah), dan bukan sebaliknya. Kerana ramai yang dahulunya aktif menjadi aktivis dakwah di kampus, namun kerana 'silap' memilih pasangan, mereka tumpas seketika mahupun selamanya dari pentas perjuangan sebenar.

- dengan harapan pembaca yang telah melunaskan tanggungjawab Baitmuslim tidak lupa untuk terus meningkatkan aktivisme dakwah masing-masing dalam apa jua cara dan sumbangan yang boleh diberikan selagi kudrat tenaga dianugerahkan Tuhan. Jika saya dengan dengan I.P Minda dan Akademi Kepimpinan Pemuda, isteri saya pula dengan Ma'ruf Club dan SIGMA.

Yang penting, kedua-dua suami dan isteri mestilah mendaftarkan diri sebagai 'aktivis' dalam agensi-agensi strategik perjuangan Islam di mana sahaja bumi dipijak. Janglah selepas mendirikan rumahtangga, salah seorang sahaja yang aktif dan seorang lagi 'direhatkan'.

- dengan harapan pembaca yang bakal atau belum mahu mendirikan rumahtangga, akan mendapatkan sedikit tips-tips semasa, pengajaran dan 'testimoni' "live" dari kami khususnya dalam usaha kami bertatih melakukan "balancing" antara komitmen suami dan isteri dalam karier akademik dan perjuangan sekaligus.

Kami akui kami bukanlah yang terbaik bahkan kami ada terlalu banyak kelemahan dan kekurangan, namun dengan wasilah blog ini kami "meriwayatkan" kisah-kisah kami sebagai pengajaran buat peminat blog kami, sebagaimana Nabi S.A.W tidak segan silu memberikan tips-tips memenangi hati isteri dan mengendalikan rumahtangga bahagia dalam hadis-hadis sahih dari baginda buat pedoman ummatnya.


Pentingnya Saling Menghargai Antara Suami Isteri Sebagaimana Sesama Sahabat Baik

Adakah apabila mendirikan rumahtangga, pendekatan penulisan blog saya atau isteri saya perlu menjadi seperti dahulu juga (zaman bujang) ?

Sudah pasti kehidupan blogger yang sedang melalui asam garam berumahtangga jauh berbeza dari blogger yang masing bujang. Susah senang yang dihadapi bersama buat pertama kali, kekadang memerlukan 'hadiah' pengiktirafan berbentuk naratif penulisan di maya sebagai penghargaan.

Yang penting penghargaan yang diberikan membuahkan komitmen dan semangat kerja amal Islami sama ada di pihak isteri mahupun di pihak suami, yang kualitinya lebih baik dari hari semalam.

Justeru, salahkah blog menjadi medan memotivasikan suami ataupun isteri sendiri dengan pulangan juga kembali kepada gerakerja perjuangan itu sendiri ? Berapa ramai yang 'down' apabila berdepan dengan sesuatu tekanan kerja dan cabaran, mereka tidak temui kaedah yang sewajarnya untuk mengatasi tekanan dan cabaran tersebut.

Yang penting, sama-sama menjauhi dari penyakit hati, yang bisa menyerang ahli gerakan tanpa mengira bagaimana statusnya sekalipun.


Kekadang Pelik

Kekadang saya juga pelik, penulisan dan letusan idea saya mengenai politik, pemikiran baru, sejarah dan beberapa pandangan-pandangan kritis mengenai isu-isu semasa tidak mendapat sambutan komentar pembaca yang banyak, tetapi apabila menulis mengenai Baitmuslim, ada sahaja yang akan tidak senang dan semacam mahu mengkritik tetapi tidak jelas kritikan itu.

"Ia adalah untuk dijadikan bahan kita renungkan, bahawa menegur itu sebuah kebaikan, tetapi ia hanya jadi kebaikan apabila ia diluahkan dengan lengkap. Tidak harus kita biarkan pemikiran ‘etika bebas’ sebagai sebab untuk membiarkan komen dan tulisan terluah tanpa panduan semata-mata dengan alasan, semua orang bebas bercakap dan berfikir.

Supaya kebebasan itu menjurus kepada manfaat, satu sahaja yang saya tekankan iaitu, sertakanlah bersama luahan rasa tidak suka itu dengan SEBABnya, agar dapat difahami, dan boleh dimanfaatkan untuk pembaikan diri." - www.saifulislam.com (link)

Justeru, saya tidak pasti sekiranya tulisan saya mahupun isteri saya mengenai kisah Baitmuslim yang meletakkan 3 asas di atas adalah suatu yang bercanggah dengan syara' dan etika ahli gerakan. Sekiranya ada kenyataan kami yang terbukti sedemikian, tegurlah dengan hikmah dan objektif, sebutkan dengan jelas melalui email terlebih dahulu, nescaya kami sangat terbuka untuk mengakui kesilapan kami.


Akhir Kata

Jika blog kami tidak diminati, kenapa perlu terus membacanya jika ia boleh menyakitkan hati.

Beralihlah pada ribuan blog ahli sejarah Islam dalam pelbagai bahasa jika aspek sirah yang mahu diteladani. Bahkan boleh beralih pada blog sejarah yang saya bangunkan iaitu Read1453 jika blog catitan peribadi saya tidak diminati.

Beralihlah pada blog para ulama jika aspek hukum hakam yang menjadi perhatian setiap kali membuka laptop dan internet.

Beralihlah pada ratusan blog pasangan Baitmuslim yang lain jika perkongsian pengalaman dari kami tidak memberikan faedah. Kenapa perlu terus memprotes kewujudan penulisan Baitmuslim kami sedangkan kami hanyalah picisan kecil sahaja dalam segmen maya blogspot ini.

Jika penulisan Baitmuslim saya dirasakan "melekakan, melalaikan" dan "tidak membangkitkan lagi semangat perjuangan zaman Nabi dan para sahabat....", maka saya ingin bertanya, kenapa tidak dibaca posting saya mengenai "Obaida Asy-Syahid...".

Sudahkah yang mendakwa itu membaca lagi 80 % posting saya mengenai ulasan isu semasa, politik gerakan Islam, sejarah Islam dan Usmaniah, kajian-kajian strategik, kajian-kajian tokoh dan pemikiran, bedah buku dan sebagainya sebelum menghukum penulisan saya sedemikian rupa?

Bahkan saya menukar templates baru dengan tujuan akan nampak jelas kesemua bentuk penulisan saya yang pelbagai sudut, bukan hanya satu sudut Baitmuslim sahaja.

Jika tidak meminati penulisan Baitmuslim dari isteri saya, kenapa tidak membaca pandangan-pandangan akademik atau idealisme kemahasiswaan beliau yang boleh dimanfaatkan juga. Berikan kritikan membina sama hebat dengan kritikan terhadap penulisan Baitmuslim beliau jika ada.

"Antara kesilapan yang dibuat oleh pembaca ialah apabila membayangkan lebih daripada apa yang ditulis. Cerita-cerita dalam buku itu adalah petikan daripada beberapa usaha saya yang berhasil dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam rumahtangga. Tetapi ia sama sekali tidak bermaksud yang saya sentiasa berjaya menyelesaikan masalah, atau rumahtangga saya sentiasa aman sentosa dan bahagia seperti yang diwakili oleh 300 muka surat buku berkenaan.

Bagaimana kalau misalnya saya tulis begini:

1. Saya kecewa dengan isteri saya. Saya penat berusaha untuk memahaminya tetapi sedikit sekali usaha dia untuk memahami saya. Tapi tak apalah, saya redha kerana saya sendiri yang memilih untuk mengahwininya.

2. Ada kalanya saya malas mahu balik ke rumah kerana anak-anak tidak henti-henti bergaduh. Walaupun macam-macam perhatian dan kasih sayang yang diberi, mereka semakin nakal. Saya rasa, saya harus bersedia untuk menjadi bapa kepada anak-anak yang tidak berguna dalam hidup ini.

Ya, kalau saya tulis cerita-cerita seperti dua contoh di atas, apa komen anda? Adakah dengan menulis begitu maka baru saya jadi manusia dan bukan malaikat? Atau anda akan menghukum saya dengan hadith Nabi s.a.w yang melarang suami isteri mendedahkan keaiban pasangan masing-masing kepada orang lain?"
- Petikan dari Ustaz Hasrizal Jamil di sini


NOTA

Para pembaca budiman yang dikasihi,

Tulisan ini sebenarnya TIDAK ditujukan kepada peminat dan pembaca umum blog saya dan isteri saya. Saya hanya tujukan pada "yang berkenaan" sahaja sebagai suatu pandangan peribadi dan penjelasan kepada apa yang pernah ditimbulkan.

Posted by Rijal82 Monday, October 19, 2009 10 comments

"Saat kekalahan itu bermula bila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu.” (As-Marhum Syed Qutb)



Pada pandangan peribadi saya, ada beberapa pandangan ‘hikmah’ dari keputusan kemenangan BN melalui Isa Samad di Bagan Pinang (BP) :

1. PAS memilih keputusan untuk masuk bertanding melawan Isa Samad, walaupun sememangnya PAS sudah pasti telah meramalkan kekalahan mereka di sana, bagaikan mahu merampas Permatang Pauh dari DSAI.

Memilih untuk masuk berbanding kalah sebelum bertempur (boikot) adalah satu pengajaran yang sangat berguna pada gerakan mahasiswa Islam di kampus yang masih teragak-agak untuk memasuki pilihanraya kampus kononnya musuh terlalu kuat dominasi dan pengaruhnya.

Sampai bila alasan seperti itu wajar dikokokkan ketika pengalaman berpilihanraya dan pengalaman “mencipta kekalahan” atau “sengaja mahu belajar dari kekalahan” adalah suatu mutiara pengalaman yang sangat berharga pada sesebuah gerakan yang mahu mula meletakkan pencaknya dalam pentas politik. Permulaan adalah fasa yang paling sukar dan permulaan adalah sebahagian dari kesempurnaan menurut pepatah klasik Rom.

PAS memerlukan skrip Uhud atau Hunain di Bagan Pinang untuk menseimbangkan skrip Badar mahupun Ahzab yang telah dirasai sepanjang rekod menang 7-0 pilihanraya kecil (4-0 di tangan PAS) di Semenanjung selepas PRU baru-baru ini.

Dokumen "post mortem" PAS wajar ditambah dan dipelbagaikan lagi kerana inilah pedoman terpenting mendepani PRU 13 nanti.

Analisis Anthony Loke Siew Fook, Ketua Dapsy bahawa PAS "hilang fokus" dalam PRK BP boleh diterima dengan positif sebagai khazanah berharga PAS. Katanya : "PRK Permatang Pauh jelas menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim dikembalikan ke Parlimen, PRK Penanti sebagai pemilihan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, PRK Bukit Selambau pula menjanjikan calon PKR-PR sebagai EXCO Kerajaan Kedah, dan PRK Bukit Gantang bertemakan krisis negeri Perak...PR tidak cukup sekadar mengkritik betapa buruknya BN, tetapi perlu menceritakan apa yang baik pada PR, untuk PRU ke-13."

Mujurlah YB Salahudin Ayub mencetuskan gagasan jiwa besar iaitu gelombang ketiga rakyat - selepas gelombang kedua (himpunan membantah ISA) dan pertama (himpunan mengertak SPR melalui Bersih - melalui eksperimen di Bagan Pinang dengan harapan akan dipugar gelombang itu bermula di situ.

Kekalahan di semua peti undi adalah satu 'catalyst' berharga untuk PAS mara ke hadapan memikirkan upayanya politik dan dakwahnya memenangi hati non-Muslim. Kenyataan terbaru Presiden PAS dan polemik sekitar mengenai sayap non-Muslim dalam PAS adalah juga 'hadiah' dari 'penangan' BP.

Apatah lagi menyaksikan ucapan jiwa besar "4 perubahan budaya kerja menuju kerajaan menanti" Presiden PAS TGAH baru-baru ini di Terengganu (related link : Harakah).

Hasrat Zaid Ibrahim bercuti - jika benar laporan ini - untuk mendaftarkan PR sebagai satu gabungan parti politik yang rasmi adalah 'respon strategik' kepada kekalahan PAS di BP. Mungkin idea ini akan terus berkubur tanpa 'penangan' dari BP.

2. Sudah pasti bukan sekadar asas syara’ dan prinsip perjuangan muwajahah silimiyyah PAS yang menjustifikasikannya memasuki PRK BP, bahkan asas strategik juga sudah pasti wujud. Tahniah pasukan strategist YB Salahudin Ayub dan Dr. Dzulkifli Ahmad kerana “gelombang ketiga” (strategi membina mind-set rakyat di peringkat nasional) telah berjaya merebak ke seluruh Malaysia walaupun ia seperti di “Taif” kan di Bagan Pinang.

Mencipta gelombang ketiga sememangnya tidak releven secara jangka pendeknya di BP, tetapi ia adalah satu senjata jangka panjang yang boleh mematikan Umno-BN dalam PRU 13 khususnya selepas signal ‘reformasi’ dan ‘rakyat’ yang diresolusikan AGM mereka di PWTC baru-baru ini.

Tanpa jiwa besar mencetuskan gelombang ketiga, PR mungkin berada dalam situasi berbahaya menjelang pembubaran DUN Perak (sekadar ramalan saya mengenai konspirasi BN selepas kejayaan di BP) mahupun PRU 13, khususnya selepas PM Najib membuat ucapan dasar jiwa besar dengan sepatahpun tidak menyerang pembangkang dan individu bahkan hanya menumpu kepada misi perubahan perlembagaan dan dalaman Umno-BN. (related link : MSO)

3. Kemenangan calon ‘rasuah’ Umno di BP juga penting untuk mematikan mood perubahan dalam BN. Selama ini sejak kekalahan 7-0 dalam PRK dan PRU, suara reformasi kian bergema dengan lantang dalam Umno-BN. Namun dengan BP dan kemenangan "perasuah", ia boleh mematikan usaha reformasi itu dalam Umno-BN. Hasrat untuk menajiskan rasuah mungkin tidak lagi kedengaran.

"Kini Najib terperangkap dengan kelemahan kepimpinannya sendiri. Umno terlepas peluang di Bagan Pinang untuk memerdekakan ahli, pengundi dan rakyat. Beliau gagal menampilkan orang muda, profesional dan mungkin juga bersih untuk proses penambahbaikan atau 'reengineering' Umno. Umno mahu terus mencandukan rakyat dengan imbuhan, sogokan dan gula-gula yang mampu ditaja oleh seorang mantan MB yang mewah setelah 22 tahun 'mengemudi' negeri terbanyak itu.

Umno tidak bersedia bermain di pentas 'Politik Baru' politik berteraskan pengundi yang dibekalkan maklumat, lantas keberanian memilih sesiapa pun yang mereka tanggap mewakili cita-rasa dan harapan mereka
." - Dr. Dzulkifli Ahmad

Posted by Rijal82 Sunday, October 18, 2009 0 comments

Sabtu, 18 Oktober 2009 saya dan isteri kesayangan berpencak idea di pentas dakwah masing-masing.

Saya mengendalikan bengkel motivasi 4 jam di Kuliyah Perubatan, UIAM Kuantan. Manakala isteri saya pula menjadi mengendalikan sebuah forum isu semasa di UM.


Saya dijemput oleh MPP (SRC) UIAM Kuantan sempena Konvokesyen mereka (I-Quest) . Manakala isteri saya - yang dijadualkan pada asalnya akan membantu saya ke Kuantan - mendapat jemputan dari Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) MPMUM sempena Festival Mahasiswi Universiti Malaya 2009 (FEMINA 09).


Tajuk saya "Bencana Kemanusiaan Ummah dan Sindrom Mahasiswa Tidak Pedulisme". Tajuk isteri saya pula "Wanita dan Realiti di Malaysia".

Sasaran saya mahasiswa dan mahasiswi UIAM Kuantan serta 3 buah sekolah menengah jemputan khas ke ceramah motivasi tersebut. Sasaran isteri saya pula mahasiswa mahasiswi UM.

Pada awalnya isteri saya mahu menolak jemputan - saat akhir menggantikan Tuan Hj Fadzly Yusuf - itu kerana risau saya akan mengantuk ketika memandu kereta pergi dan pulang dari Kuantan. Nampak juga beliau kelihatan risau untuk berpisah buat kali seterusnya selepas beberapa lama tanggungjawab dakwah membina generasi "bertauhid" melalui I.P Minda memisahkan kami sehingga beberapa hari.



Namun saya katakan pada beliau kali ini : "Ayang perlu kuat dalam hal ini. Jika benar mahu abang tenang dan gembira dalam perpisahan ini, terimalah jemputan sebagai moderator forum di UM tersebut. Mungkin sedih seketika pada Sabtu ini, namun hari Ahad kita akan melihat sejarah yang telah kita lakarkan bersama. Bersama tidak bermakna bersekali, tetapi masing-masing dari kalangan kita meraih pengalaman bermakna di pentas kemahiran masing-masing. Ayang kan bakal Senator"

Saya terus menenangkannya dengan sedikit bingkisan motivasi dari hati saya sendiri.

Alhamdulillah, isteri saya membuktikan kekentalannya. Beliau telah melakukan yang terbaik dalam forum ringkas tersebut, walaupun pada awalnya beliau mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Itu sudah pasti lantaran ini adalah pengalaman pertama kali beliau berada sepentas dengan Profesor Madya Dr. Mariani Binti Md Nor (Pensyarah Fakulti Pendidikan UM, Encik Kamal Affendi Hashim (Penganalisis Jenayah) dan Puan Norlina Alwi, YDP Yayasan Darul Iman . Kesemua mereka sangat kerap muncul di layar TV. Sudah pasti isteri saya terlalu banyak perkongsian mahu dikongsikan beliau hasil dari forum tersebut dalam blog beliau nanti.


Apabila kami bertemu semula selepas semalaman berpisah pada hari Ahad tersebut, maka saya menyatakan pada isteri saya : "Inilah impian abang apabila mendirikan Baitmuslim suatu hari nanti. Ayang telah merealisasikannya. Dan ia hanya permulaan. Pengalaman inilah yang mematangkan perjuangan." Saya mengukir senyuman.

Semoga segala amal jamaie dan apa yang kita lakukan dilandaskan dengan tulus mulus untuk meraih keampunan dan kecintaan makin rapat dari Allah S.W.T.

Posted by Rijal82 3 comments

Nur Fatimah di ICU Hospital Putrajaya.
Ya Allah, selamatkan anak perempuan ini. Dia bakal pewaris perjuangan seorang pimpinan muda yang diharapkan akan menjadi negarawan ulung PAS pada masa akan datang.

Petikan dari tulisan isteri saya Nurul di srikandiharakah :

15 Oktober 2009

Alhamdulillah, setelah 2,3 hari merancang, akhirnya pada petang tadi saya dan suami beserta sahabat-sahabat pimpinan UIAM iaitu Izzatie, Syahidat dan Nazirah sempat untuk bertandang ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi sendiri anak Ust Ramadhan dan Kak Khadijah, Nur Fatimah.

Setelah suami saya mendapat sms dari Ust Ramadhan sendiri pada tengahari tersebut yang mengatakan anak beliau makin kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, kami terus bergegas ke sana. Alhamdulillah, perjalanan dimudahkan dan kami selamat sampai.

Di depan pintu ICU tersebut, Ust Ramadhan sedang berdiri melayani beberapa orang tetamu lagi yang juga datang untuk menziarahi anak beliau. Kak Khadijah pula sudah kelihatan agak letih dan penat, sedang duduk di bilik menunggu. Beliau kesejukan setelah beberapa hari berada di hospital tersebut.

Saya betulkan kenyataan yang saya buat sebelum ini yang saya mendapat maklumat bahawa Nur Fatimah mengalami pendarahan di otak akibat gegaran ketika dalam buaian di nursery An-Nur, Bangi. Bila ditanya sendiri pada Ust Ramadhan, sebenarnya doktor sendiri hingga ke saat ini masih tidak dapat mengenal pasti apakah 'punca' sebenar Fatimah yang sihat dan ceria pada pagi Khamis yang lepas ketika dihantar ke nurseri tersebut pada waktu pagi, tiba-tiba boleh mengalami kekejangan dan kemudian terus tidak sedarkan diri pada tengahari hari yang sama. Dalam masa 3 jam sahaja, Fatimah berubah keadaannya. Beberapa siri ujian yang dilakukan oleh doktor setakat ini, masih belum dapat mengesan punca sebenar apa yang terjadi kepada Nur Fatimah.

Cuma, setakat yang doktor suspek, Fatimah mungkin ada mengalami gegaran di otak sama ada akibat hentakan buaian yang kuat, atau goncangan yang kuat ketika didukung dan sebagainya ataupun kerana tersedak susu. Inilah antara maklumat yang kami perolehi ketika bersembang-sembang dengan Ustazah Fauziah Sani, ibu Ust Ramadhan sendiri merangkap isteri Ust Ellias Zakaria yang cukup kami kagumi.

Sama-samalah kita mendoakan agar Nur Fatimah selamat dan tabah menghadapi ujian sakit ini. Tubuh beliau terlalu kecil untuk menanggung kesakitan yang seperti ini. Pedih dan pilu hati ini melihat si kecil tersebut terlantar sakit, berwayar-wayar dicucuk ke sana sini di tubuh kecil beliau.

Moga Ust Ramadhan, Kak Khadijah, Ustazah Fauziah sekeluarga terus tabah menghadapi ujian ini. Saya secara peribadi amat kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh Kak Khadijah. Beliau nampak tenang dan kuat menghadapi semua ini. Teladan yang cukup baik telah beliau tunjukkan, mungkin inilah hasil tarbiah yang cukup kuat mengcengkam hati srikandi yang berjaya menawan hati Ust Ramadhan ini.

Saya dan suami cukup tersentuh dengan ziarah kami kali ini. Hanya Allah sahajalah sebaik-baik tempat pergantungan...

Isteri saya bersama ibu Ustaz Ramadhan Fitri di ICU Hospital Putrajaya

Posted by Rijal82 Thursday, October 15, 2009 0 comments


Izinkan kali ini saya bercerita sedikit mengenai Anwar Ibrahim. Janganlah kerana ada beberapa rekod tindakan dan pandangan politiknya yang tidak selari dengan jalur pemikiran dan pemutihan fikrah kita, maka karakter dan sikap positif yang ada pada beliau kita tidak mahu teladani untuk kebaikan perjuangan gerakan Islam kita di era yang sangat mencabar hari ini dan pada masa depan.

Kekadang pelik mengenangkan diri saya sendiri khususnya dan segelintir pimpinan mahasiswa Islam - yang sempat saya bertanya lantas beralasan - sangat sibuk sehingga tidak dapat update blog dan tidak mampu meningkatkan kuantiti pembacaan buku.

Perbandingan saya mudah apabila berkesempatan menjenguk blog DSAI hampir setiap hari membaca catatan perjalanan, teks pidato dan jalur pemikirannya.

Saya kira DSAI lebih sibuk, jauh lebih sibuk berbanding pimpinan di kampus. Beliau selaku Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen, Penasihat PKR dan ahli politik yang sudah pasti lebih 24 jam sehari terpaksa berhadapan dengan sepak terajang politik lawan mahupun kawan.


Terbaru, Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno, hari ini berikrar Pemuda akan sedaya-upaya menghalang kemaraan DSAI yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang", menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya. Tahniah KJ kerana tidak pasal-pasal mempromosikan reverse thinking rakyat Malaysia bahawa Anwar sememangnya wajar dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia sebagai alternatif baru kepada Najib Razak 1 Malaysia.

DSAI bagaikan tidak mempedulikan pun resolusi Pemuda Umno tersebut. Semacam sudah lali dengan ancaman murahan seperti itu.

Saya membaca blog DSAI. Saya menyaksikan bagaimana kesibukan beliau memenuhi jemputan ceramah dalam dan luar negara tidak pernah menghalang beliau untuk terus meningkatkan kualiti diri dan pembacaan buku, walhal kita sedia maklum tahap pembacaan dan kualiti intelektual beliau sejak dari aktivisme mahasiswa di Universiti Malaya lagi.


1. Masa rehat (membaca) di atas kapal terbang ke New York (posting 24 Sept 09)

"Saya dan Azizah berlepas dengan penerbangan Emirates pada jam 2 pagi, transit di lapangan terbang Dubai selama tiga jam dan kini dalam penerbangan ke New York. Waktu berlepas dari KLIA, selain membaca International Herald Tribune dan Asian Wall Street Journal, saya mengulangi sepintas lalu karya Paul Krugman The Return of Depression Economics, dan menghabiskan bab terakhir buku Martin Jacques When China Rules the World: The Rise of the Middle Kingdom and the End of the Western World. Meskipun judulnya agak keterlaluan dan menggemparkan, ia memaparkan sudut sejarah dan budaya China secara padat selain pembedahan mengenai kemunculan China selaku gergasi ekonomi dunia.

Dengan membekalkan bahan rujukan terpilih, saya terus menelaah rencana ilmiah yang rencam, di antaranya:

  1. China’s Strategic Ambition in Asia (Aaron Friedberg);
  2. Reframing China Policy – The Carnegie Debates (karya berasingan oleh Dan Blumenthal, Wing Thye Woo dan Barry Naughton);
  3. China: Country Report (Economist Intelligence Unit) dll. rencana pendek.

Hah, saya juga sempat menyaksikan filem yg dibintangi Tom Hanks, Angels and Demons. Filem ini persis The Da Vinci Code, dan hebat juga! Terlintas pula untuk menonton lakunan Sandra Bullock dalam The Proposal, tapi terlalu banyak bacaan yang perlu dihadham. Penerbangan panjang, meskipun membosankan namun berkesempatan membaca sebanyak mungkin. Keletihan sudah dan mengantuk maka beradulah saya. Di sebelah saya Azizah sudah nyenyak tidur..."


2. Pesawat tempat terbaik membaca (posting 4 Oktober 09)


Minggu lalu dalam wacana di New York mengenai gergasi ekonomi baru China, Profesor Yasheng Huang dari MIT menghadiahkan buku terbaru beliau, Capitalism With Chinese Characteristics: Entrepreneurship And The State.

Buku mengenai China memang bercambah; namun kupasan Prof. Yasheng agak berlainan, melihat isu pembangunan secara lebih menyeluruh – kota dan desa; pendekatan awal Deng Xiao Peng yang berbeda dengan pimpinan kumpulan Shanghai kemudiannya. Saya hanya sempat ke bab mengenai A Great Reversal, dan akan sambung kemudian inshaAllah.

Untuk program hari-hari berikut, saya membaca di antara lain, buku- lapuran:

  1. A Common Word and the Future of Christian-Muslim Relations
  2. Changing Course : A New Direction for US Relations with the Muslim World
  3. The Future of US – Kurdish Relations
  4. Interfaith dialogue: A Guide for Muslims
  5. American Arabs and Political Participation
  6. Tilson Tongue: More Mortgage Meltdown
  7. Richard Haas: War of Necessity, War of Choice: A Memoir of Two Iraq Wars
  8. Michael Sandel: Justice – What’s The Right Thing To Do?

Waktu terbaik membelek buku? Atas pesawat dan lewat malam!


3. Masa rehat (membaca) di atas kereta pulang dari Universiti George Washington (posting 9 Oktober 09)


"Yang ingin disentuh kini ialah dua pertemuan khusus dengan sarjana terkemuka Profesor Seyyed Hossein Nasr dari Universiti George Washington. Beliau menyerahkan naskah ucapan di persidangan tersebut berjudul – A Common Word Initiative: Theoria and Praxis. Tetapi di sepanjang perjalanan pulang, selesai mambaca International Herald Tribune, Financial Times, Economist dan beberapa lapuran mengenai Pakistan dan Afghanistan, saya terus menelaah buku tebal hadiah dari Profesor Seyyed Hossein Nasr berjudul – The Sage Learning of Liu Zhi: Islamic Thought in Confucian Terms, karya Sachiko Murata, William C. Chittick dan Tu Weiming.

Maka berenanglah kami dengan alunan hujah mengenai syari’ah, tariqah dan ma’rifah – berbanding dengan dao dan jiao; mengupas karya Liu Zhi and the Han Kitab serta karya alim China yang ulung mengenai Nabi Muhammad SAW, iaitu Tianfang Zhisheng Shilu!..."


Itulah Anwar Ibrahim. Saya dan anda bagaimana ?

"Read, you will conquer the world" - Napoleon Benoparte

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu." - Al-Qur'an (wahyu pertama)

Posted by Rijal82 Wednesday, October 14, 2009 2 comments



Menurut sumber terdekat dari laman-laman filem di Turki yang saya layari, maklumat yang setakat ini ditemui bahawa Faruk Aksoy akan melancarkan filem gabungan animasinya bertajuk "Fetih 1453" pada 5 Mac 2010. Saya sudah tidak sabar menanti kemunculan filem gabungan animasi 3 dimensi ini untuk membakar lagi semangat perjuangan mencetak generasi Al-Fateh dalam gerakan mahasiswa dan gerakan Islam di Malaysia kini.


Saksikan trailer ini.






Well-designed by one of our 1453 members : www.nurjannah87.blogspot.com

Posted by Rijal82 1 comments


"Ya Syahid Obaida, alangkah indahnya tautan ukhuwwah ini andaikata pernah berkenalan denganmu sebelum ini..."

Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik, 25 tahun, bagaikan sebaik-baik syuhada pilihan Tuhan. Graduan UIAM ditaqdirkan pulang ke rahmatullah tidak di Malaysia, tetapi di tanah tumpahnya sendiri iaitu Palestin, bumi yang dinyatakan Rasulullah pahala syahid dua kali ganda berbanding syahid di tempat lain.

Kesyahidan Obaida pula bukan seperti kesyahidan biasa seperti dihempap runtuhan bangunan yang dibom Yahudi, bahkan akibat tepatnya tembakan 4 peluru haram Israel - di perut dan di kepala - ketika menuju masjid Ibrahim untuk menunaikan solat Zuhur dan ketika melepasi sekatan jalan oleh Yahudi.

Obaida seorang yang sangat kental dan berani kerana masjid Ibrahim semenangnya dikuasai Yahudi, hanya yang berani sahaja akan berulang alik melalui sekatan yang telah membunuh ramai penduduk Palestin yang mahu ke masjid itu. Pihak Israel telah menuduh asy-Syahid Obaida dengan cubaan menikam salah seorang tentera Israel yang sedang menjaga sekatan di jalan.

Selepas ditembak, Obaida masih hidup dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, dan beliau dibelasah.

Obaida syahid di sebaik-baik bulan yakni Ramadhan, dijemput Tuhan pula pada sebaik-baik malam di sebaik-baik bulan iaitu malam 23 Ramadhan sedangkan beliau ditembak pada 5 Ramadhan, koma selama 19 hari, tidak menerima rawatan secukupnya dan dinafikan dari ditemui keluarganya ketika di Hospital Israel. Jenazahnya dihantar pulang oleh Israel 24 jam selepas kematiannya.

Beliau merupakan tahanan yang ke 1167 atau 1168 yang mati di dalam tahanan jahannam Israel.



Allahu Akbar !!!

Suara merdunya bukan lagi akan bergema di dewan-dewan besar UIAM, tetapi juga di kelak di syurga Firdaus mudah-mudahan. Namanya kini bukan sekadar mekar harum di dunia, bahkan kekal harum di Akhirat. Obaida tidak sempat merasai nikmatnya perkahwinan ketika dia sudah hampir untuk melangsungkannya, namun Tuhan mahu menganugerahkanmu 70 bidadari syurga jauh lebih rupawan, menyambutkan di malam Lailatul Qadar mudah-mudahan...


Allahu Akbar !!!

Peluru Yahudi laknatullah sememangnya tepat mensasarkan pemuda-pemuda yang bakal menjadi Salahuddin al-Ayyubi kedua.

Demikianlah antara bisikan syair di hati saya apabila berkesempatan menghadiri bersama isteri ke Majlis Memperingati Asy-Syahid Obaida, ketika pada masa yang sama ramai mahasiswa termasuk mahasiswa Malaysia menghadiri upacara penuh menghiburkan perasmian Pesta Konvokesyen UIAM sehingga hanya berapa kerat wajah mahasiswa (muslimin) Malaysia sahaja saya temui sanggup hadir ke majlis airmata di Experimental Hall tersebut.

Obaida, seorang graduan Mass Communication seharusnya menerima scroll beliau dalam Konvokesyen yang akan bermula esok di UIAM. Entah siapakah yang menggantikannya apabila namanya disebut... Yang pasti nama anak muda ini akan kekal mengharumkan nama UIAM, bukannya di pentas dunia dan kepentingan duniawi, tetapi di pentas akhirat dan perjuangan jihad. Akhirnya UIAM menelurkan seorang syuhada dari Palestin di bumi Palestin sendiri, itulah Obaida yang syahid ketika sedang menunggu surat tawaran melanjutkan pengajian Master di UIAM dan ketika hampir di gerbang perkahwinan.

Sepanjang 4 tahun menuntut dan berpersatuan di UIAM, saya tidak pernah mengenali dan berkenalan dengan sosok mahasiswa Palestin bernama Obaida. Yang paling saya rapati hanyalah saudara Muslim bekas Presiden Al-Aqsa Society UIAM - sahabat baik Obaida sejak tadika - yang juga Timbalan Presiden MPP UIAM ketika junior dan sahabat saya, Zukhairi Salehuddin menjadi Presiden. Namun pada malam itu entah mengapa, saya terasa sangat dekat dengannya. Obaida yang diceritakan oleh teman-temannya rapatnya sebagai seorang yang lebih gemar bersifat low-profile akhirnya namanya mekar harum di langit dan bumi.

Ucapan saudara Muslim hampir menitiskan airmata saya kerana beliau mengenali Obaida sejak tadika sehinggalah ke sekolah menengah dan ke UIAM. Muslim sememangnya lantang dalam pidato-pidatonya dan pada kali ini beliau menonjolkan dengan jelas pemikiran dan jiwa besar beliau di sebalik meratapi pemergian Obaida.

"Bukan sekadar tentera Israel yang melepaskan 4 das tembakan kepada Obaida sahabat kita. Namun yang sebenarnya menembak beliau adalah pemimpin-pemimpin tali barut Yahudi yang berdiam diri dalam nasib Masjidil Aqsa. Pemimpin-pemimpin yang kononnya mewakili rakyat Palestin sedangkan merekalah yang menjual darah-darah pemuda Palestin dengan begitu murah sekali." - Pidato saudara Muslim malam memperingati Asy-Syahid Obaida


Obaida : Simbolik Kualiti Mahasiswa Antarabangsa Berbanding Malaysia

Asy-Syahid Obaida mempunyai karakter yang sangat utuh dan komprehensif ketika belajar di UIAM. Berdasarkan perkongsian rakan-rakan sebilik dan seperjuangannya pada malam tersebut, terserlah di hadapan saya karakter seorang mahasiswa yang sewajarnya diteladani oleh mahasiswa Malaysia.

1. Mahasiswa yang cemerlang di bangku pengajian sejak kecil. Obaida cemerlang sejak dari pendidikan sekolah menengahnya lagi di Hebron.

2. Mahasiswa yang sangat aktif terbabit dalam persatuan sehingga Obaida menjadi Mainboard dalam al-Aqsa Society di university dan sangat aktif dalam aksi pentas Palestin di UIAM khususnya yang membabitkan pentomen dan nyanyian nasyid.

Asy-Syahid 2 dari kiri di UIAM

Obaida membenarkan janjinya untuk mati di jalan Allah

3. Mahasiswa yang turut menyumbang pada gerak kerja dakwah. Malam itu dipaparkan beberapa kenangan siri lakonan asy-Syahid di UIAM yang memberikan mesej supaya jangan melengahkan solat. Babak beliau dibawa ke klinik UIAM dengan van UIA seolah-olah membenarkan situasi seperti itu tidak lama lagi akan berlaku secara realiti kepada beliau.


4. Menjadi 'motivator' yang berkesan kepada rakan-rakannya sendiri dengan kekuatan kemerduan suaranya. Ketika tekanan exam di UIAM, asy-Syahid tetap bersedia untuk menghadiahkan lagu untuk menghiburkan rakan-rakannya yang lain.


Hargailah Mahasiswa Palestin di UIAM Sebelum Mereka "Pergi"

Sebelum ini saya pernah menceritakan dalam posting sebelum ini pengalaman berforum dengan saudara Marjan, seorang mahasiswa UIAM dari Filipina. Namun rupanya sahabat yang saya berforum itu hari ini sudah berhenti pengajiannya dari UIAM kerana saya mendapat maklumat beliau terpaksa pulang ke kampung halaman beliau untuk menyahut seruan jihad dari MILF mempertahan keluarganya dari serangan tentera kerajaan di sana. Entah hidup mahupun sebaliknya sahabat saya itu, wallahu a'lam. Yang pasti, kenangan bersamanya tidak akan dilupakan. Beliau benar-benar "person who walk the talk".

Telah banyak posting sebelum ini saya menyatakan betapa menyesalnya saya memasuki era undergraduasi di UIAM tanpa saya menyedari terlebih dahulu keunikan suasana, kelebihan bahasa dan keluarbiasaan manhaj ilmunya.

Babak di Experimental Hall malam tadi menambah lagi kedukaan penyesalan saya kerana tidak memaksimakan nikmat besar menerima pendidikan tinggi di UIAM. Apa ada pada sekeping ijazah jika itu yang dikejar sedangkan perkenalan dengan seramai mungkin mahasiswa Islam antarabangsa tidak berlaku?

Ketika mengikuti usrah Pas kawasan Gombak suatu ketika dahulu, guru usrah tersebut pernah berpesan yang saya ingat hingga ke hari ini.

"Kenalilah seramai mungkin saudara-saudaramu yang tidak pernah kamu kenali. Kerana Allah merahsiakan pertemuan kamu dengan wali-walinya. Berkenalanlah dengan seramai mungkin hamba-hamba Tuhan, kerana boleh jadi salah seorang dari seribu orang yang engkau dekati, itulah hamba Tuhan yang akan dimustajabkan doanya apabila dia berdoa agar engkau tidak tergelincir dari titian Sirath menakutkan itu."

RESOLUSI

Mudah-mudahan segala penyesalan itu akan mampu ditebus semula apabila saya kembali ke lapangan M.A hujung tahun ini di UIAM.

Usahlah melihat UIAM pada mahasiswanya kerana mungkin anda akan kecewa, namun lihatlah pada manhaj integrasi ilmu syariatik dan sunnatiknya (INTEGRATION). Lihatlah pada kelebihan berukhuwwah dengan mahasiswa antarabangsa seluruh dunia Islamnya (INTERNALIZATION).

Bayangkan betapa banyak bahasa dunia yang lain boleh dipelajari dengan persahabatan dengan mahasiswa antarabangsa. Betapa banyak perkongsian pengalaman, peradaban, pemikiran (style of thinking) yang boleh dilakukan dalam pertemuan-pertemuan sesama mereka.

Namun apakan daya jika kita terus rasa syok sendiri dan mudah rasa selesa dengan dunia dalam tempurung pemikiran kerdil kita. Tidak sedikitpun rasa bersalah apabila persoalan bahasa Inggeris yang selama ini menjadi penghalang untuk membuka tautan ukhuwwah dengan mereka. Tidak sedikitpun rasa bersalah apabila persatuan kita tidak sedikitpun meraikan mahasiswa antarabangsa mahupun engagement dengan persatuan-persatuan antarabangsa di UIAM. Sedangkan mereka bakal penggubal polisi negara, pegawai diplomatik dan bakal negarawan masing-masing jika diizinkan Allah.

Ayuh rakan-rakanku mahasiswa UIAM.

Andai kalian mencita lahirnya Salahuddin al-Ayyubi yang menyatukan seluruh negara Arab-Islam untuk meraih kemenangan ke atas Jerusalem dari tangan Yahudi, formula itulah juga perlu dilakukan di madrasah UIAM ini.

Kesemua mereka sedang berada di bumi Gombak ini, di bumi yang akan mengajar mereka ilmu SUNNATIK dan SYARIATIK sekaligus walaupun mereka tidak mengambil jurusan pengajian Islam (IRK). Bukankah itu formula berbahaya dan paling digeruni oleh Yahudi , golongan sekular dan musuh-musuh Islam ?

Mereka datang jauh dari pelusuk dunia. Dekatilah mereka kerana akan ada dari kalangan mereka yang akan menemui sebaik-baik kematian iaitu syahid di jalan Allah. Bayangkan doa mereka untukmu ketika mereka berada sangat dekat dengan Tuhan, mereka tidak mati bahkan diberikan rezeqi oleh Allah.

Rapatilah mereka, moga kelak dari tautan ukhuwwah ini akan muncul sebuah pasukan gerombolan negarawan graduan UIAM untuk menyatukan saff ke arah mengembalikan bumi masjid al-Aqsa ke tangan umat Islam.

Ayuh realisasikan impian asy-Syahid Obaida, Ahmad Yassin, Dr Rantisi dan sekalian syuhada Palestin yang tidak mampu mereka lihat ketika hayat hidupnya.


Posted by Rijal82 Thursday, October 8, 2009 5 comments

6 April 1453 Al-Fateh memulakan kepungan ke atas Konstantinople. 18 April serangan pertama dilancarkan. 21-22 April 70 buah kapal dipindahkan melalui jalan darat. 6-12 Mei serangan seterusnya digandakan untuk menembusi dinding. 29 Mei Al-Fateh berjaya memasuki Konstantinople dari pintu Topkapi. Ini adalah angka-angka tarikh penting dari Profesor Mehmet Maksudoglu, pengkaji sejarah Usmaniah dari sumber asal Usmaniah itu sendiri (Osmanli History 1289-1922 Based on Osmanli Sources, page 72-73).

NASA pula mengesahkan 22 Mei 1453 berlakunya kejadian gerhana bulan separa. Saya menulis di read1453.blogspot.com dengan meninggalkan persoalan kepada pembaca :

"Petanda buruk dari gerhana bulan adalah suatu kepercayaan tahyul rakyat dan pemerintah Byzantium. Maharaja Konstantinople 11, Paleologos diriwayatkan pernah mengatakan bahawa Kontantinople tidak akan jatuh selagi matahari dan bulan wujud. Demikian besarnya kepercayaan nujum mereka bersandarkan fenomena alam pada bulan dan matahari tersebut.

Adakah Muhammad Al-Fateh sengaja memilih sekitar April hingga Mei 1453 - tidak tahun mahupun bulan lain - sebagai masa paling strategik kempen pengepungan Konstantinople dilancarkan ? Kita sedia maklum Usmaniah pakar dalam taktik pengepungan, mereka sangat arif mengenai kekuatan dan kelemahan mereka, tempoh masa yang mereka perlukan berdasarkan sejarah apabila sesuatu taktik pengepungan dilakukan sebagai 'tempoh bertenang' kepada musuh untuk menyerah secara aman. Kita juga sedia maklum bahawa Al-Fateh arif benar dengan segala post-mortem kegagalan percubaan ayahnya, datuk-datuknya serta pimpinan Islam sejak 11 kali percubaan dilakukan menemui kebuntuan bertubi-tubi.

Al-Fateh juga tahu benar penting aspek moral dan motivasi dalam mempengaruhi kejayaannya dan kelemahan musuh-musuhnya. Kerana moral, beliau menghadirkan pemidato dan pasukan gendang serta para ulama dalam saf para tenteranya. Sudah pasti Al-Fateh sangat pintar untuk turut sama mengenalpasti apa yang boleh meruntuhkan moral musuh-musuhnya, supaya dia mampu melemah dan menumpaskan lawan sebolehnya secara "al-fatah" yakni tanpa pertempuran dan pertumpahan darah, bak kata Sun Zu.

Adakah kejadian gerhana bulan separa telah melemahkan moral Byzantium sekaligus membenarkan mimpi buruk mereka bahawa 1100 tahun empayar mereka akan berakhir?

Adakah pemilihan tarikh kempen sekitar April-Mei 1453, kesemua ini hasil didikan kental ilmu-ilmu SUNNATULLAH khususnya ilmu FALAK, GEOGRAFI serta KAJIAN KEPERCAYAAN (AQIDAH) mengenai Byzantium oleh para ulama terbaik Usmaniah pada beliau ketika kecil ?

Adakah ini siri seterusnya kepintaran taktik, pemikiran strategik dan kegeniusan pimpinan perang yang dipuji oleh Rasulullah S.A.W ?

"There are a number of famous historical events associated with lunar eclipses. On 29 May 1453, a rising Full Moon was eclipsed over Constantinople, then under siege by the Turk army. It is reported that this created such a dip in morale that in a few days Constantinople was defeated, leading to the end of the Roman Empire of Orient after 1130 years." - European Space Agency

"At this time, the fighting morale of the defenders was of major importance. Their fighting spirit was maintained by an old prophecy that Constantinople could never fall while the moon was waxing. Then on May 22, the full moon rose in eclipse, crushing their morale. Some reports say the eclipse darkness lasted for three hours; however, this is considered impossible because the partial phase ended 75 minutes after moonrise. - Thomas Fuller

Rupanya saya tidak berseorangan dalam mengemukakan hipotesis ini. Antara yang cuba mengkaji lebih mendalam hipotesis saya ini adalah saudara Asyraf dengan bimbingan Dr Rowi , pengkaji Falak dari Kelantan, dengan Balai Cerap Mini mereka serta Perisian Starry Night Pro yang telah banyak membantu mereka.


"..alhamdulilah, berikut adalah maklumat penting pada hari kejadian (22 Mei 1453) gerhana bermula pada pukul 3.38pm hingga 9.52pm, klimaks gerhana 7.20pm, matahari terbenam dan waktu bulan naik adalah sama iaitu 7.25pm. nanti kawan saya akan menganalisa peristiwa ini di blognya..." - komentar Dr. Rowi

Saksikan perincian dan penemuan lebih detail dari saudara Asyraf di sini.


Posted by Rijal82 0 comments

Saya berkesempatan menerima jemputan dari rakan-rakan Pkpim yang menganjurkan daurah kecilan baru-baru ini mengenai Syekh Badiuzzaman Said Nursi. Sangat mengejutkan saya pada malam pertemuan ilmiah di UM tersebut adalah speaker jemputan tersebut (maafkan saya, saya lupa nama beliau) adalah wakil dari sebuah NGO Turki yang sangat fasih berbahasa Melayu ketika menyampaikan pembentangan beliau bermula dari terasasnya kerajaan Usmaniah sehinggalah kepada kejatuhannya, bahkan sehingga menyentuh situasi Islam dan gerakan Islam di Turki pada hari ini. Bagaikan mengembara jauh ke Turki, saya dan isteri kali ini mendalami sejarah silam Turki dengan lebih mendalam dari orang Turki itu sendiri.


Terlalu banyak catatan mahu dilakarkan di sini hasil dapatan dari speaker jemputan tersebut. Bayangkan 400 tahun kerajaan Turki Seljuk dan 625 tahun kerajaan Turki Usmaniah mahu disampaikan dalam masa 90 minit, sudah pasti pengajaran terpenting sejarah sahaja mahu dikongsikan.

Namun memadailah antara saya kongsikan dari beliau antaranya:

SECARA UMUM

1. Salib mengkaji rahsia kekuatan Usmaniah dahulu. Mereka mendapati iman masyarakat yang sangat kuat.

Bukan sekadar pemerintah cintakan jihad dan mati di jalan Allah, bahkan rakyat sendiri sudah memperkata mengenai jihad dan bersedia melakukannya. (saksikan sendiri kalangan rakyat Usmaniah di era Muhammad al-Fateh yang berbondong-bondong mendaftarkan diri untuk menjadi tentera melaksanakan visi pemerintah). Jelas, semangat Tariq bin Ziyad ("kami bawakan kepada kamu sepasukan tentera yang cintakan kematian bencikan dunia lebih dari kamu yang cintakan dunia bencikan kematian") wujud pada rakyat Turki Usmaniah berkat didikan ulama yang dicintai pemerintah pada era keemasan Usmaniah dahulu.

Justeru Salib mendapati senjata pemusnah kepada kekuatan ini adalah "nasionalisme", sehinggalah satu persatu negera-negara di bawah naungan Usmaniah keluar darinya kerana diresapi barah berbahaya sebaran proksi Salib pada masa itu iaitu 'musuh-musuh dalam selimut' dari kalangan umat Islam itu sendiri. Armenia yang dahulunya negara paling patuh kepada Usmaniah selama hampir 500 tahun menjadi antara negara pertama keluar dari Usmaniah. Virus "kenapa mesti bangsa Turki memerintah kita" akhirnya memusnahkan Usmaniah sedikit demi sedikit sehinggalah secara tersuratnya pada 1924.

2. Hampir 17,000 ulama mati dibunuh pada masa Mustafa Kamal Attaturk mensekularkan Turki dan mematikan azan dalam bahasa Arab selama 18 tahun lamanya. Ulama-ulama hebat terpaksa lari ke luar Turki seperti Syekh Ramadhan ayah kepada Syekh Said Al-Buti pada hari ini. Syekh Fathi Yakan dan ramai lagi antara para ulama moden yang menerima nasib sedemikian walhal mereka berasal dari Turki.

3. Kenapa ulama-ulama di Turki seperti Said Nursi tidak berjanggut ? Kerana bukan kerana mereka tidak mahu berjanggut, tetapi kerana kedahsyatan sekularis di sana, janggut mereka akan dicabut begitu sahaja dari kepala jika tidak dipotong.

SECARA KHUSUS

Apa yang lebih penting dari pertemuan ilmiah adalah perkenalan lebih mendalam dengan pemikir dan sufi agung Islam, Badiuzzaman Said Nursi.

Rumusan terpenting dari apa yang disampaikan oleh pembentang tersebut adalah bagaimana kejayaan sebuah misi pencerahan minda yang sangat mencabar dilakukan oleh beliau sehingga gerakan Islam di Turki menikmatinya pada hari ini.

Said Nursi bukanlah seorang individu, beliau adalah sebuah institusi pemikiran.

Sebelum ini saya tidak pernah mendengar mengenai "Risalah An-Nur", namun dari perbincangan ini saya mula mengesani "aura" dahsyat 14 jilid kitab itu kepada pemikiran Islam rakyat Turki khususnya pada era pasca kejatuhan Khilafah sehingga ke hari ini.

Sudah hampir 40 bahasa menterjemah kitab aqidah berasaskan ahlus sunnah wal jamaah ini. Dikatakan hampir 35 % dari 56,000 orang yang masuk Islam di Turki adalah kerana pengaruh dan tertarik dengan 'kuasa' Risalah An-Nur.

Kemampuan Said Nursi menerangkan Islam 'hakiki, bukan taqlidi' secara pendekatan "logik, analogik, saintifik" adalah suatu pendekatan unik dan 'tajdid' yang sangat memberikan kesan besar pada masyarakat Turki yang baru sahaja dikarati barah sekularisme.

Sebagai contoh dalam suatu pendekatan menyatakan kewajipan solat. Beliau menggunakan analogi manusia perlukan makanan untuk menghilangkan lapar, jika tidak manusia akan mati kebuluran. Demikianlah manusia perlukan solat untuk menghilangkan kelaparan 'ruh' pada Tuhan, jika tidak ruh dan hati akan mati atau menjerit kesakitan. Jika kita mengucap terima kasih pada mereka yang memberikan kita hadiah, inikan pula Tuhan yang tidak putus-putus memberikan nikmat secara percuma kepada kita. Demikianlah antara yang dibongkarkan oleh pensyarah tersebut.

Risalah At-Thabi'ah pula tidak sepatahpun Said Nursi menggunakan ayat-ayat Al-Quran, namun hakikat pengisiannya secara tersirat akan diakhiri dengan maksud dari ayat-ayat Al-Quran. Kitab ini memberikan kesan besar kepada non-Muslim di Eropah untuk memeluk Islam ketika mereka menyedari rupanya kesemua itu adalah maksud-maksud dari al-Quran.

Rupanya pendekatan seperti itu pun tidak menggamit 'permaidani merah' buat Said Nursi, belasan kali beliau memasuki penjara dan puluhan kali ke mahkamah sebagai mahar perjuangan dakwah beliau tersebut. Ini kerana Said Nursi bukan sekadar bijak melunakkan hati masyarakat mad'u dengan pidato hujjahnya dan menjinakkan pemikiran mereka yang telah rosak disekularkan dengan pendekatan logik. Bahkan ada masa beliau tegar dengan prinsip sehingga pernah menuduh Atatürk sebagai ‘Dajjal dan Pembinasa Agama’.

Ada yang menyatakan Said Nursi hampir 1000 kali turun naik mahkamah dan hampir 29 kali percubaan meracun makanan beliau ketika dalam penjara, namun Allah jua yang menjaganya. Kemahiran "logik, analogik, saintifik" inilah menyebabkan hujahnya digeruni oleh pendakwa di mahkamah sehingga beliau tidak begitu mudah digugat di kamar mahkamah.

Isteri saya, Nurul juga mengambil kesempatan bertanyakan hubung kait tokoh intelektual nombor satu dunia dari Turki, Fethullah Gulen yang gerakan pemikirannya juga sangat berpengaruh di Turki, sejauhmana wujudnya hubungannya dengan Said Nursi.

Perbincangan lebih menarik apabila pembentang mula mengupas isu-isu politik Islam di Turki sehingga perbezaan pemikiran antara Dr Erbakan dan muridnya Erdogan sehingga melahirkan AKP terus menjadi topik memanaskan punggung saya di bilik berhawa dingin tersebut. Namun seperti biasa, saya tidak telan bulat-bulat pandangan pembentang tersebut kerana biasalah jika saya mempunyai pandangan berbeza yang didiamkan bagi menghormati masa yang makin terbatas untuk menambah kehangatan Q & A session.


Apa yang penting yang menjadi tujuan kehadiran saya adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai Turki itu sendiri dari pelbagai sudut, dan lebih penting lagi mengenai tokoh pemikir Islam agung Said Badiuzzaman Nursi.

Nampaknya, saya perlu segera menamatkan bacaan kitab tulisan Ihsan Kasim Shalih, baru layak untuk saya memperkata mengenai kehebatan dan pengajaran dari pemikiran Said Nursi dalam posting akan datang.

"Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa beliau berkewajipan untuk belajar ilmu-ilmu Sains supaya dapat disinergikan dengan ilmu teras Islam yang lain. Badiuzzaman Said al-Nursi telah meluangkan masa belajar dengan tekun ilmu Geografi, Fizik dan Falak. Beliau seterusnya mengusahakan agar ilmu Sains ini diajar seiringan dengan ilmu agama agar mereka yang tidak dapat memahami kecuali melalui ‘bahasa Sains’ akan dapat juga sampai kepada hakikat Iman." -Di Ambang Keruntuhan Uthmaniyyah: Pengajaran Buat Ummah oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pada 4 Februari 2006


Posted by Rijal82 2 comments


Jarang kedengaran pimpinan PAS bersuara secara taktikal perang dalam sesuatu pertempuran pilihanraya kecil khususnya ketika menyinggung keadaan 'padang yang tidak sama rata', khususnya dalam isu undi pos yang sekian lama bergema penentangan ke atas kaedah ini. Kebiasaan yang didengari hanyalah suara protes, boikot dan kenyataan-kenyataan bernada penentangan agresif. Kali ini YB Salahudin Ayub, jeneral perang PAS di PRK Bagan Pinang melakukannya sebaliknya.

Semalam (6 Oktober), beliau membuat kenyataan bukan sekadar bernada "mempertikai" dalam isu pewujudan undi pos dan pengurangan jumlah hari pengundian (defensif), tetapi turut menyerlahkan taktik 'ofensif' dan strategis PAS pada kali. Beliau menyatakan PAS mempunyai "KAEDAH PENYELESAIAN" (suatu istilah yang sudah pasti sangat digeruni Umno-BN) bagi mengelakkan manipulasi berlaku dalam proses pengundian pos.

PAS katanya mempunyai "SISTEM" yang boleh memantau pengundian pos yang mungkin boleh membenarkan pengundian berlaku berulang kali. Ini adalah bagi memastikan kertas undi tersebut diberikan kepada bukan pemiliknya yakni bukan pengundi yang sebenar.


Bagaikan mengimbau sejarah pimpinan-pimpinan agung Islam terdahulu seperti Salahuddin Al-Ayubi, Nuruddin Zinki, Alps Arslan, Muhammad al-Fateh yang tidak pernah kenal erti putus asa kepada keampuhan strategi dan taktik licik musuh.


Muhammad al-Fateh adalah sebaik-baik contoh figura yang sentiasa tidak statik dan stereotaip taktik perang beliau. 53 hari proses pengepungan di Konstantinople adalah hakikatnya sarat dengan pertukaran taktik peperangan Usmaniah berdepan dengan counter-attack Byzantium.

"Tekanan dan kegagalan pengepungan oleh baginda hanya menyebabkan baginda sentiasa berjaya memperolehi idea-idea baru, taktik-taktik licik baru, dari detik ke detik untuk mengatasi lawannya" (kitab Zayyad Abu Ghanimah)

"Byzantium membina menara bergerak tersebut dalam masa sebulan, tetapi tentera Usmaniah mampu membinanya dalam masa satu malam, bahkan kurang dari 4 jam." (Sejarawan Byzantium)

Serangan "bergambar" adalah taktik perang paling berbahaya dan ampuh

Calon dan jentera PAS di Bagan Pinang sememangnya sudah mengatasi Umno dari sudut SQ (doa dan munajat) dan EQ (integriti). Namun untuk menumbangkan calon 'gergasi' mereka di Bagan Pinang tersebut dengan dua faktor tersebut, belum tentu menatijahkan kemenangan di pentas peperangan bernama demokrasi pilihanraya kecil yang sarat dengan tipudaya. IQ dan pengetahuan jentera PAS tentang taktik pergerakan musuh akan memberi kelebihan kepada PAS insya-Allah, di samping keberkatan (SQ dan EQ) kemenangan tersebut.

Syabas Naib Presiden PAS dan seluruh jentera strategis PAS. Pemikiran 'muda' anda makin terserlah.

Posted by Rijal82 Tuesday, October 6, 2009 2 comments

"Kenapa hadis pembebasan Konstantinople disabdakan Nabi ketika keadaan mereka sedang bersangatan penat, letih sehingga mengikat batu di perut masing-masing serta gigih bekerja kuat menggali parit Khandaq yang diideakan dari sahabat Nabi dari Parsi, bukan Arab ?

Apakah simbolik kepada pemilihan waktu segetir ini untuk Allah memotivasikan Nabi mengenai terbebaskan kubu pertahanan terkuat di dunia tersebut ? Kenapa tidak seperti kejadian turunnya ilham-ilham lain yang Nabi terima ketika sedang tidur seperti mimpi pembukaan Makkah?

Pemilihan situasi menggali parit Khandaq sebagai waktu dizahirkan pembukaan Konstantinople bertujuan menonjolkan gerak kerja penawanan kota itu bukan suatu kerja yang mudah. Ia sangat meletihkan, memenatkan seperti keadaan Nabi dan sahabat menggali Khandaq melingkari Madinah. Hanya pemimpin berjiwa besar serta terbuka kepada sebarang idea luar kotak, dan komitmen kerja luar biasa tentera mampu merealisasikan hadis tersebut."


Demikianlah antara ‘feeling process’ yang saya timbulkan supaya para pendengar berfikir seketika dan menanggapi sejarah dengan pemikiran yang segar dan kritis. Di samping pemaparan fakta-fakta ilmiah yang cuba saya sampaikan dengan memaksimakan fungsi 'otak kanan' rakan-rakan mahasiswa di UTHM lantaran saya menyedari bahawa tajuk ketenteraan terbaik pernah dilahirkan di dunia iaitu Usmaniah ini tidak akan menatijahkan apa-apa kesan sekiranya saya tidak kreatif dan rencam dalam pendekatan.

“Muhammad bin Murad bukan tabi’in mahupun tabi’ tabi’en, jauh lagi dari seorang Sahabat. Dia bukan hidup di zaman 300 kurun yang terbaik. Dia bukan orang Arab. Dia bukan keturunan Nabi. Dia manusia biasa.

Tetapi manusia biasa yang berfikir dengan idea yang luar biasa. Dia berfikir dan turut bekerja, sehingga tenteranya memanggilnya ayah. Kerjanya pula adalah kerja yang sangat luarbiasa dengan semangat yang dahsyat yang sudah mampu menggoncangkan dinding Theodosius.

Upaya tenteranya luar biasa. 70 buah kapal sebesar saiz 7 trailer panjang setiap satu kapal, digerakkan oleh tenaga manusia biasa dan haiwan yang tidak berakal, naik dan turun bukit tanpa teknologi kenderaan seperti hari ini, berdepan dengan keadaan cuaca dan angin yang tidak menentu serta keadaan bukit yang tidak stabil, di kemuncak kepenatan selepas hampir 2 bulan berperang tanpa natijah memuaskan.

Namun hanya 1 malam tanpa dikesan musuh, 70 buah kapal muncul di hadapan benteng Konstantinople, tanpa sedikitpun terusik rantai besi kebanggaan Constantine XI.

Al-Fateh manusia biasa. Tenteranya manusia biasa. Al-Fateh berfikir secara luar biasa. Tentera bekerja dengan komitmen luarbiasa.

Namun itu sebaik-baik ketua. Itulah sebaik-baik tentera. Mereka yang dipuji Nabi, bukan orang lain.”

Terharu apabila turut sama hadir rakan-rakan ‘tentera’ UTHM (mungkin boleh dibaca juga ‘UTHManiah”) iaitu rakan-rakan Suksis dan Palapes turut hadir, dengan seorang rakan non-Muslim yang saya meminta hadirin memberikan tepukan gemuruh kepada beliau di atas kesudian hadir dan kekal di atas kerusinya sehingga 3 jam slot bersama saya tersebut tamat tanpa sedikitpun berganjak. Buat kali kedua di hadapan mata saya, mahasiswa Cina sangat rasional dan tenang menanggapi fakta sejarah walaupun ia adalah suatu paparan mengenai jalur pemikiran tokoh Islam. Blockquote

Hampir 90 slide merumuskan adegan lebih 600 tahun empayar Usmaniah saya bentangkan secara pecutan pintas dalam hanya 3 jam, saya sulami setiap pemaparan fakta berat dengan selingan video supaya mampu mengelak kebosanan mahasiswa yang hadir.



"Sejarah membuktikan bahawa generasi terdahulu sememangnya bekerja secara LUAR BIASA untuk memenangkan Islam. Tidak perlu terlalu jauh ke Konstantinople, lihat sahaja usaha memenangkan Islam di tanah Melayu dan Melaka. Lihatlah kesungguhan dan kecerdikan Laksanaman Muhammad Cheng Ho. Kesungguhan menyampaikan dakwah Islam di tanah Melayu dapat dilihat pada saiz kapalnya sahaja sudah memadai. Jiwa besarnya tertonjol jelas dengan kebesaran kapal beliau tersebut yang 4 kali ganda lebih besar dari kapal penjajah British."

Terima kasih kepada saudara Syafik, Muhaimin dan seluruh pimpinan Kelab Iqra UTHM atas jemputan dan perkenalan bermakna dengan saya dan isteri tersayang yang sudi menemani kembara 300 kilometer ke negeri selatan Malaysia itu.


Masa 3 jam yang diberikan kepada saya menyebabkan saya "puas" dengan pembentangan saya dari A-Z secara complete. Moga ada kesempatan bertemu di masa akan datang.

Posted by Rijal82 Monday, October 5, 2009 2 comments




Saya berkesempatan bertemu dengan sifu saya, Ustaz Hasrizal selepas Talk "Muslim U-Turn?" anjuran Ma'ruf Club di UIAM semalam. Berbekalkan pengalaman Ustaz Hasrizal sendiri yang berada dalam bidang pengajian Master ini, saya meminta pandangan topik yang sewajarnya saya buat kajian di peringkat Master nanti kerana berkemungkinan saya akan melakukan 'hijrah akademik' buat kali ketiga dalam hidup saya. Kali pertama di KISAS, dari aliran Sains SPM ke aliran Sastera-Agama STPM. Kali kedua di UIAM, dari bidang pengajian Syariah (sejak dari Madiwa-Al-Azhar) ke Bahasa-Sastera Arab. Kali ketiga juga berkemungkinan di UIAM, dari Bahasa dan Sastera Arab ke pengajian Sejarah dan Peradaban (cabang Sains Kemanusiaan).

Mungkin bagi sesetengah sahabat-sahabat bersangka saya tidak tetap prinsip, namun bagi saya jika sebelum mengambil Master, saya wajar diberikan 'kebebasan' berfikir dan mereka gaya berfikir yang pelbagai disiplin ilmu. Ada disiplin ilmu yang menyebabkan saya melihat sesuatu secara 'mikroskop' dan teliti, ada disiplin ilmu yang menyebabkan saya menyelinap masuk ke dalam kotak pemikiran dan mentaliti manusia, dan ada disiplin ilmu yang mampu menjawap masalah dan cabaran masa depan. Saya mahu mencari-cari erti sebenar kepuasan hidup dengan bidang ilmu yang paling 'ghairah' untuk diterjuni. Namun apabila sudah memasuki period Master, bermulalah fasa fokus dan membina upaya kepakaran diri. Dalam situasi 'lompat akademik' ini, Almarhum Prof Zulkifli Muhammad dan Prof Burhanuddin al-Helmy adalah idola saya.

Mujurlah saya melambatkan pengajian Master. Kalau tidak, saya akan Master dalam bidang yang hakikatnya memberikan 'sijil dunia' kepada saya, tetapi tidak memberi kepuasan hidup kepada saya untuk menyumbang kepada gerakan Islam di Malaysia.

Kerana bagi saya, saya mahu kembali ke dunia akademik tidak lama lagi kerana keinginan mendalam dari benak hati saya sendiri yang mahu melihat dan mencorak masa depan Islam dengan berbekalkan pedoman khazanah sejarah yang jarang diteliti secara mendalam dan 'mikroskop' oleh pejuang Islam kontemporari itu sendiri.

Saya tidak mahu mengambil Master hanya kerana bimbang 'apa kata orang nanti' atau sekadar memikirkan periuk nasi kehidupan mencabar pada masa depan yang menuntut bidang kerja yang lebih kompeten, atau kerana menyahut seruan keluarga, atau kerana ramai sahabat-sahabat saya yang sedangpun mengambil Master.

Pertemuan dengan Ustaz Hasrizal semalam walaupun ringkas sangat bermakna. Pengalaman Ustaz mengambil Master dalam Peradaban Islam di UIAM adalah suatu testimoni yang wajar saya teliti kerana kemungkinan track itulah juga akan saya lalui.


Selain mendapat motivasi dari ustaz agar terus thabat dengan pilihan Master di UIAM kerana kelebihannya dari sudut 'kebebasan berfikir dan sifat akademiknya' yang tidak didominasi oleh mana-mana aliran pemikiran tertentu, di samping kelebihan bahasa Inggeris serta sifat antarabangsa pelajarnya, saya juga dicadangkan oleh Ustaz agar mesti bersedia dengan tajuk kajian sejarah era Usmaniah dengan tajuk yang lebih spesifik, bukan mencapah dan simplistik. Lantaran beban sangat 'menakutkan' andaikata tersilap memilih tajuk, apatah lagi yang mencapah.

Lantas saya meminta cadangan tajuk dari ustaz jika era 1453 atau Sultan Muhammad al-Fateh akan menjadi fokus kajian saya, yang mana kajian tersebut jarang dilakukan di Malaysia, tetapi sangat memaknakan perjuangan Islam di Malaysia.

Sebelum Ustaz mengeluarkan beberapa lontaran idea di hadapan jamuan ringan yang disediakan oleh urusetia (maafkan saya Ustaz jika mengganggu hi-tea Ustaz), Ustaz memberikan ingatan supaya tidak mengkaji Usmaniah secara populis ataupun mencari topik-topik mahupun pendekatan penulisan tertentu yang hanya boleh menyebabkan masyarakat kagum dan berbangga dengan 'hero-hero' Usmaniah, namun mereka pemikiran mereka terus kontang dari pengajaran dan spirit yang cuba disampaikan oleh generasi terdahulu. Kajilah secara akademik dan ilmiah, susah mahupun mudah, sejarah hitam mahupun putih dari apa yang berlaku pra dan pasca 1453.


Ustaz juga mengingatkan saya supaya bersedia dengan subjek "Research Methodology" kerana pengalaman beliau agak 'pahit' dalam subjek di awal semester Master ini.

Antara tajuk-tajuk yang dicadangkan Ustaz Hasrizal untuk saya kaji adalah :

1. Pasca 1453 - Legasi Sultan Muhammad al-Fateh dari sudut polisi pemerintahan dan kesannya pada Muslim dan non-Muslim di bawah empayar Usmaniah

2. Hubungan antara kaum sepanjang pemerintahan Muhammad al-Fateh

3. Sistem ketenteraan Usmaniah pada era Muhammad al-Fateh - membongkar di sebalik maksud "sebaik-baik tentera" oleh Rasulullah S.A.W

Ustaz juga berkongsi cabaran yang perlu dilalui oleh saya kerana Master dalam sejarah Usmaniah di UIAM memungkinkan saya perlu lebih bermandiri dan berdikari, kerana belum pasti ada atau tidak guru yang benar-benar 'faqih' dan 'well-connected' dengan khazanah dari bumi Usmaniah sendiri iaitu Turki.

Kebanyakan pensyarah yang ada - pada saat ini - dalam subjek ini mampu menjadi 'penyampai' yang berkesan dalam kelas, tetapi belum tentu mempunyai hubungan dan pengalaman yang sarat dengan sumber-sumber primari dari Turki sendiri. Ustaz mempunyai ramai Turkish housemate dan kenalan yang kini menjadi pensyarah universiti-universiti di Turki. Di sinilah Ustaz menekankan hubungan saya dengan pelajar-pelajar Turki di UIAM.

Ustaz juga mencabar saya untuk bukan sekadar pergi ke Turki, bahkan belajar bahasa Turki kerana itulah pintu utama menyelongkar khazanah 1453.

Saya menyahut cabaran ustaz insya-Allah.


Sumber gambar : Ihsan dari Facebook adik Abdul Rauf Hassan

Posted by Rijal82 Thursday, October 1, 2009 5 comments


Selepas membaca buku “HULAGU KHAN: Khabar Hitam dari Timur” yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, terbitan PTS, saya menganalisa beberapa kajian perbandingan antara Hulagu Khan dengan Muhammad al-Fateh.

PERSAMAAN

1. Tidak mudah berbangga dengan pencapaian ayah dan datuk masing-masing (generasi terdahulu)

Hulagu Khan tidak pernah merasa berpada dengan pencapaian Genghiz Khan, datuknya yang mampu menyatukan 13 suku besar yang selama ini berpecah dan saling memerangi akhirnya bersatu menuju satu visi dan impian menakluk dunia - dengan hunusan pedang mereka.

Hulagu tidak pernah rasa berpuas hati dengan kemampuan datuknya yang mampu merobohkan tembok besar China lantas menakluki tanah besar China.

Hulagu mahu menjadi lebih hebat dari Gengkhis Khan yang hampir menawan seperdua dunia, kecuali Kota Baghdad yang dipimpin oleh Kerajaan Islam Abbasiyyah. Kota Baghdad yang gagal ditawan oleh ayah dan datuknya itulah yang berjaya ditawan dan dimusnahkannya.

Muhammad al-Fateh juga tidak pernah merasa berpuas hati dengan pencapaian Usmaniah yang telah melakar beberapa sejarah penawanan dan pembukaan kota-kota baru Islam di Eropah khususnya dalam proses menyempitkan jajahan takluk empayar Byzantium. Pidato terkenal Muhammad al-Fateh :

Baca lagi di read1453

Posted by Rijal82 Tuesday, September 29, 2009 2 comments


Dalam masa dua hari, saya berjaya menamatkan bacaan “HULAGU KHAN: Khabar Hitam dari Timur” yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, terbitan PTS.

Pada awalnya saya keberatan mahu membeli buku ini kerana naratif penceritaan kisah sejarah ini berbentuk novel. Sudah pasti pendekatan Pak Latip Talib sememangnya bersahaja dan santai, sangat sesuai untuk mengetuk emosi mereka yang selama ini sangat membosani subjek sejarah dan tokoh, dan sebaliknya menggilai novel-novel cinta, sains fiksyen dan pengembaraan. Pendekatan ini sudah pasti janggal bagi mereka yang sangat mendambakan penulisan yang mengambil berat soal pengambilan fakta dan pernyataan sumber untuk kajian lanjutan secara individu.

Namun, saya mengagahkan diri juga membeli buku ini. Kerana dua faktor, iaitu :

1. Saya tidak kenal mendalam siapa Hulagu Khan. Yang sempat saya berkenalan hanyalah datuknya Genghiz Khan,melalui filem “The Monggols”.

Juga melalui buku “100 Tokoh Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia” karangan Michael H. Hart yang menyaksikan Genghiz Khan di tangga ke-21, meninggalkan jauh Caesar, Alexander The Great, Napoleon Benoparte, Adolf Hitler, dan tokoh-tokoh penakluk Asia yang lain.

Jadi, pendekatan novel mengenai Hulagu Khan, pewaris empayar separuh dunia di bawah Genghiz Khan, difikirkan sangat sesuai untuk menjinakkan buat pertama kali fikiran saya pada Hulagu secara khusus dan Monggol secara umum.

2. Tiba masanya beralih sejenak ke kotak pemikiran musuh. Pak Latip berbeza sedikit dengan penulisan sejarah beliau terbitan PTS sebelum ini. Hulagu Khan adalah satu-satunya tokoh ‘hitam’ karya beliau yang sebelumnya menulis mengenai tokoh-tokoh ‘putih’ seperti Muhammad al-Fateh, Khalid al-Walid dan sebagainya. Saya gemar pendekatan ‘Kingdom of Heaven’ (melihat kekuatan Salahuddin dan Jerusalem dari kacamata Crusaders) yang ditonjolkan oleh Pak Latip.

Analisis Buku

Saya lebih suka menganalisa sejarah dengan pendekatan yang lebih bersifat pandang ke depan melalui pemahaman kerangka IQ-EQ-SQ yang telah banyak saya hurai dalam penulisan sebelum ini.

Faktor IQ tidak selamanya mampu menjaga sesebuah peradaban. Bukti jelas dari pusat ilmu Islam, kota 1001 malam dan ibukota politik empayar Abbasiyah, kota Baghdad akhirnya tumbang selepas 508 tahun memerintah dengan 37 khalifah. Khalifah yang terakhir ialah Al-Musta'shim Billah (640H-656H).

Baghdad bagi umat Islam-Abbasiyah ibarat Konstantinople bagi umat Kristian-Byzantium ketika itu. Punyai 1001 sebab untuk mendabik dada menyatakan mustahilnya ibukota empayar itu mampu dilumpuhkan mahupun dimusnahkan. Pada era Abbasiyyah, dunia Islam berada di puncak tertinggi IQ (kecerdikan dan kepakaran ilmu). Nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Hayyan, Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali, Al-Khawarizmi dan pelbagai nama lagi hidup pada era ini. Ilmu-ilmu dari Yunani dan Parsi diterjemahkan. Perpustakaan Baitul Hikmah dibina. Bahkan penduduk Eropah datang ke kota Baghdad untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Kota Baghdad menjadi “world center of knowledge”.

Namun demikian, apabila IQ (hablum-minal-‘alam) tanpa berkekalannya faktor EQ (hablum-minaas) dan faktor SQ (hablum-minaLlah), sunnatullah bernama “sejarah” telah mengajar bahawa peradaban dan kuasa politik itu tidak akan kekal lama.


Faktor EQ

1. Virus perkauman (asabiyah) bukan sekadar meruntuhkan Usmaniah menjelang 1924, bahkan lebih awal dari itu skrip itu sudah muncul pada pemerintahan Khalifah terakhir Abassiyah. Pak Latip menggambarkan bagaimana orang Parsi, orang Turki dan orang Arab saling bersengketa walaupun diikat dengan satu aqidah. Kesempatan inilah yang digunakan oleh Orang Monggol melanggar Baghdad.

2. Masalah integriti pimpinan negara apabila berlaku siri-siri pembelotan yang dilakukan menteri kanan Khalifah al-Musta’shim Billah iaitu Umayiduddin Muhamad al-Aqami.

Faktor SQ

Pak Latip menceritakan bagaimana orang Monggol tidak takut bagaimana besar sekalipun jumlah tentera Islam Abbasiah, banyaknya pedang tentera Islam bersinar, banyaknya anak-anak panah berterbangan dari pihak Islam.

Yang mereka takut hanyalah doa orang Islam. Kerana doa inilah yang menakutkan Genghis Khan dari menawan kota Baghdad dulu. Kerana doa ini jugalah menakutkan Hulagu Khan dari mara ke Makkah dan Madinah di hujung usianya. Doa dan munajat kepada Tuhan (SQ) adalah senjata sebenar umat Islam.

Hulagu Khan seorang pemimpin perang yang pintar. Mereka memperdaya dahulu para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam. (walau bagaimanapun, saya masih mencari sumber kepada riwayat ini)

Dengan ketiadaan faktor EQ dan SQ itu, maka berakhirlah zaman kegemilangan Baghdad di bawah kerajaan Abbasiyyah. Hampir SATU JUTA nyawa rakyat di Kota Baghdad melayang. Semua harta berharga di Baghdad musnah, ulama-ulama, para cendekiawan mati dibunuh. Kitab-kitab, khazanah ilmu habis dibakar dan abunya dialirkan ke Sungai Dajlah sehingga air sungai bertukar warna menjadi hitam disebabkan dakwat jutaan kitab-kitab.


Wikipedia pula melaporkan :

The Grand Library of Baghdad, containing countless precious historical documents and books on subjects ranging from medicine to astronomy, was destroyed. Survivors said that the waters of the Tigris ran black with ink from the enormous quantities of books flung into the river. Martin Sicker writes that close to 90,000 people may have died (Sicker 2000, p. 111). Other estimates go much higher. Wassaf claims the loss of life was several hundred thousand. Ian Frazier of The New Yorker says estimates of the death toll have ranged from 200,000 to a million."

Gambar Khalifah al-Mu'tasim diarahkan oleh Hulagu menunjukkan khazanah emas Baghdad

Kita juga jangan lupa, tidak sedikit juga kitab-kitab agung Islam yang lain yang tidak dibakar, tetapi diambil dan diberikan pada sekutu Hulagu Khan dari kalangan Salib di Eropah. Bermula dari sinilah bermulanya episod secara senyap Eropah ‘mencuri’ dan menciplak ilmu-ilmu Islam untuk menaikkan nama figura-figura mereka di pentas ilmu dan teknologi maklumat sehingga nama mereka kekal ke hari ini.

Baghdad was one of the most brilliant intellectual centers in the world. The Mongol destruction of Baghdad was a psychological blow from which Islam never recovered. Already Islam was turning inward, becoming more suspicious of conflicts between faith and reason and more conservative. With the sack of Baghdad, the intellectual flowering of Islam was snuffed out.” (Steven Dutch)

“Yang paling nikmat dalam hidup adalah apabila dapat mengalahkan musuh, kemudian memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga milik mereka, dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka”- kata-kata popular Genghiz Khan

Fakta Yang Memerlukan Semakan Semula

Secara kritikalnya, saya masih mahukan kajian lanjutan selepas menamatkan buku Pak Latip ini. Antaranya :

1. Berdasarkan konsep IQ-EQ-SQ yang saya ‘imani’ dari ibrah sejarah jatuh bangun tamadun, benarkah kota Bahgdad - world center of knowledge - itu begitu mudah dimusnahkan secara total oleh satu bangsa yang buta huruf, tidak pandai membaca atau menulis ?

Benarkah Hulagu Khan itu buta huruf seperti datuknya Gengkhis Khan ? Namun yang pasti, sememangnya bangsa Monggol berasal dari bangsa yang buta huruf.

2. Sejauhmana hubungkait Raja Reymond dan peranan Salib ketika Baghdad dimusnahkan pada pada 1258M tersebut? Benarkah Salib memberikan ‘baton’ mereka kepada Monggol untuk menyerang Islam selepas mereka dimalukan oleh Sultan Salahudin di Hittin pada 1187M ?

Posted by Rijal82 Monday, September 28, 2009 4 comments


A Must See Trailer For You

Kelebihan "2012" adalah sekurang-kurang Roland Emmerich (Pengarah Independence Day dan The Day After Tomorrow) berjaya memaparkan sekelumit gambaran kedahsyatan huru hara Kiamat walaupun tidak mampu membayangkan dan menggambarkan secara keseluruhan sebagaimana kita fahami dalam nas agama kita.


Tersiratnya pula, saksikanlah nanti betapa dahsyatnya teknologi Hollywood melalui kegeniusan studio Columbia Pictures - salah satu proksi Illuminati dunia - dalam menggambarkan apa jua yang selama difikirkan mustahil untuk digambarkan oleh akal waras manusia.


Kekurangan "2012" adalah berkemungkinan meresapnya lagi propaganda AS sebagai polis dan penyelamat dunia. Seolah-olah mereka mampu 'menyekat' atau 'mengubah' skala kemahadahsyatan dan kehancuran dunia ketika Kiamat. Saya dimaklumkan "2012" akan berakhir dengan AS mencipta "Noah Ark" untuk menyelamatkan dunia. Wallahu a'lam.


Nantikan "2012" November ini. Anda sendiri menilainya.


Posted by Rijal82 1 comments


Gembira dapat bersama isteri turun sekali lagi ke Kolej Islam melakukan misi pencerahan minda siri seterusnya. Kali ini kami diminta untuk meningkatkan "mahu" adik-adik kepada usrah, bukan lagi memberi "tahu" mereka. Justeru, kami memulakan dengan survey bertulis terlebih dahulu supaya permasalahan motivasi usrah adik-adik dapat kami tangani secara realistik dan berasaskan kajian, bukan sekadar hafalan dalil dan ceramah yang hanya mampu mengungkap asas-asas fundamental tanpa menyelesaikan masalah akar dalam benak emosi dan fikiran adik-adik.


Isteri saya dan adik Izaz terus mengedarkan borang survey kepada lebih 200 adik-adik Tingkatan Empat KISAS. Dalam masa 10 minit, mereka diminta memilih 3 pernyataan masalah usrah paling munasabah dan berkaitan dengan diri dan usrah mereka. Telahan saya tepat apabila kajian membenarkan ramalan (slide) saya bahawa masalah paling besar dihadapi oleh usrah adik-adik KISAS berpunca dari akar segala masalah itu CARA MELIHAT (paradigm) usrah itu sendiri yang tidak tepat.


Baca lagi di sini

Posted by Rijal82 Wednesday, September 9, 2009 0 comments


Qamar Bani Hashim yang ke udara Astro Oasis setiap malam Ramadhan tidak pernah saya ketinggalan. Versi baru “the Messenger” ini benar-benar menghidupkan watak-watak agung setiap sahabat Rasulullah, jauh lebih hidup dari apa yang hanya mampu digambarkan oleh otak kanan saya melalui pembacaan buku-buku sirah semata-mata. Akal yang tersentuh dengan fakta dan informasi baru tidak sama bezanya dengan hati yang tersentuh dengan paparan semacam “live” di hadapan mata apa yang berlaku kepada batang tubuh para Sahabat Rasulullah di era Makkiyah. (download full episode Qamar Bani Hashim dan Cinta Sempurna)

Dalam episod malam ke 20 Ramadhan semalam, digambarkan betapa gagah dan izzahnya Islam yang selama ini terpaksa bersembunyi di sebalik rumah Al-Arqam, namun akhirnya pengislaman Umar dan Hamzah - akibat kegeniusan Nabi meletakkan sasaran mad’u dari kalangan yang mempunyai pengaruh terbesar dalam Quraisy - memberikan kekuatan yang sangat dahsyat kepada Islam, menguatkan motivasi Rasulullah S.A.W dan para Sahabah yang hampir kian lemah ditekan secara psikologi dan fizikal oleh musyrikin Quraisy.

Kenapakah pengislaman Umar dan Hamzah sangat menakutkan Quraisy yang selama ini menyangka misi menumpaskan gerakan Rasulullah semakin hampir untuk direalisasikan ? Tidak lain dan tidak bukan, lantaran kekuatan PENGARUH yang ada pada mereka, hasil dari KEPAKARAN dalam seni persilatan Arab dan kemahiran taktikal di medan pertempuran tanpa pernah kalah, menyebabkan “VVIP” Quraisy ini dilihat suatu ancaman terbesar kepada gerakan Quraisy.

Kemudian saya menyaksikan kemenangan aspek “Quwwah” seterusnya dengan pidato Jaafar bin Abi Talib kepada Raja Najasyi. Di sini terserlah pula kebijaksanaan seterusnya anak didik Rasulullah yang dicetak sendiri oleh air tangan baginda. Pidato Jaafar bin Abi Talib sangat ajaib. Beliau teliti dan bijak memilih setiap patah perkataan, menjaganya dengan sangat rapi supaya Islam digambarkan dengan paparan yang sangat indah di hadapan Najasyi. Jaafar yang tahu masa untuk menerangkan tentang Islam di hadapan Najasyi sangatlah terhad dan terbatas, menyebabkannya bijak memetik ayat-ayat Quran dan menyentuh titik persamaan antara Islam dan Kristian ketika Jaafar diasak oleh Najasyi untuk menerangkan tentang Islam dan Isa.

Umar, Hamzah, Jaafar hanyalah beberapa nama besar dari produk usrah Rasulullah S.A.W. Sungguh dahsyat kesan “usrah” baginda, justeru kenapa tidak kita meneladaninya. Lihatlah Umar, kegeniusan beliau sehingga ahli sejarah dan mufassirun terpaksa mengakui banyak wahyu menyebelahi pandangan Umar ketika berbeza pandangan ijtihad dengan Rasulullah. Kelebihan Umar dalam beberapa persoalan ijtihad politik berbanding Rasulullah S.A.W itu sengaja diskripkan begitu oleh Allah sebagai suatu isyarat bagaimana kejayaan Rasulullah mencetak generasi supaya menjadi lebih baik dari baginda, walaupun baginda adalah Rasul yang maksum.


Nuqaba seharusnya meletakkan paradigm dan niat mahukan melahirkan ahli usrahnya jauh lebih baik darinya, bukan menjadi sepertinya (syok sendiri). Demikianlah celoteh saya kepada adik-adik di KISAS ketika berceramah mengenai “Kepentingan Usrah : “From Zero To Hero” sempena Kem Penyelarasan Usrah mereka pada sekitar 4 September lepas.


Saya kini mula menyimpan azam, selepas Muhammad al-Fateh, Umar al-Khattab akan menjadi sasaran penciptaan animasi/filem serta kajian pemikiran dan legasi pemerintahan dan kenegarawanannya. Pendekatan saya mudah dan tegas, saya tidak akan mengambil sudut yang biasa para penulis sejarah yang lain lakukan. Apa yang saya mahu kaji adalah cara berfikir mereka serta karakter kepimpinan mereka, sehingga kajian saya itu mampu diterapkan dalam sanubari para pemimpin mahasiswa, masyarakat dan korporat pada hari ini.

Saya hanya akan mengungkapkan apa yang bersangkut paut dengan “what, when, where” mengenai legasi Umar al-Khattab seadanya sahaja sebagai suatu “kesan” dari akar sejarah yang lebih penting iaitu “why” dan “how”, iaitu cara berfikir dan kebijaksanaan Umar dalam mematuhi hukum “challenge and responses” keadaan di zamannya (memetik kata-kata guru saya, Ustaz Hasrizal).

Posted by Rijal82 0 comments

Saya (berdiri 3 dari kiri di barisan belakang) bergambar kenangan dengan para peserta Kursus Teambuilding dari KPWKM di Port Dickson.

Syukur alhamdulillah, apabila keagungan pemimpin Islam seperti Muhammad al-Fateh dalam pengurusan sumber manusia dan menyemarak perjuangan orang bawahannya dapat menjadi alternatif pilihan kepada tenaga kerja di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Apabila Al-Fateh dianggap sebagai 'ayah', bukannya 'CEO' dalam slogan 250,000 tenteranya (rujukan : kitab "Sultan Muhammad al-Fateh" karangan Dr Abdul Salam Abdul Aziz Fahmi)

Lebih dahsyat lagi apabila berlaku perbandingan semangat perjuangan al-Fateh dengan semangat Samurai - dua kejadian "kebangkitan semula" yang terajaib dunia yang benar-benar berlaku (universal proofs) - khususnya semangat Bushido yang banyak diaplikasikan oleh organisasi korporat di Malaysia. Kelebihan al-Fateh hanya satu, iaitu tawakkal dan pergantungan yang teguh pada Tuhan.

- “Kaizen” Al-Fateh : strategiknya cara berfikir pemimpin Usmaniah sebelum al-Fateh serta kerja kuat al-Fateh sendiri membina Rumeli Hissari

- “Keiretsu Zaibatsu” Al-Fateh dengan penyusunan rapi ketumbukan tentera 250,000 serta penyusunan teliti potensi dan posisi setiap kekuatan individu

- “Keisan” Al-Fateh dari sudut pengisian intelektual ulama Usmaniah kepada beliau dan kegeniusan al-Fateh menghadapi satu persatu cabaran taktikal dari ketumbukan Byzantium

- “Bushido” Al-Fateh dari sudut ketabahan yang sangat luarbiasa mendepani kekalahan demi kekalahan taktikal pada Byzantium sepanjang kempen 53 hari ke atas Konstantinople.

- “Kamikaze” al-Fateh dan hulubalangnya, tetapi asasnya adalah pergantungan teguh pada Allah, yakni "Tawakkal" - suatu perbezaan nyata dari sudut "spiritual quotient" yang membezakan Al-Fateh dengan Samurai, di akhir pertempuran dan selepas kemenangan.

Konstantinople hanyalah suatu 'simbolik' kepada segala 'impossible' dream dan visi yang difikirkan mustahil boleh dilakukan oleh diri kita mahupun organisasi kita.

Baca juga : "Al-Fateh Kembalikan Maruah Generasi Salahuddin al-Ayyubi" oleh Abu Hasan Ali An-Nadwiyy di sini

Posted by Rijal82 Tuesday, September 8, 2009 0 comments


Untuk memudahkan para peminat blog saya merujuk dokumentasi berharga mengenai 1453 secara khusus dan spirit perjuangan dari lembaran khazanah Usmaniah, saya telah mewujudkan satelit ketiga maya saya iaitu www.read1453.blogspot.com. Ia mempunyai 5 objektif iaitu :

1. Forum maya ahli usrah "1453". Ahli usrah ini juga akan menjadi taskforce (AJK) bagi menjadikan 29 Mei setiap tahun sebagai hari memperingati peristiwa bersejarah pada 1453 tersebut, dan lebih penting lagi mengambil ibrah sejarah darinya, bukannya sekadar romantis dan nostalgis dengannya.

Satu seminar pengkajian pemikiran Muhammad al-Fateh, strategi peperangan dan legasi negarawan Usmaniah di eranya akan dibentangkan dan dicapai beberapa resolusi bersama antara sarjana untuk dijadikan saranan dan cadangan pada parti dan gerakan Islam di Malaysia.


2. Laporan semasa perkembangan kajian Master dan PhD saya nanti mengenai sejarah Islam, Usmaniah dan Sultan Muhammad al-Fateh, beberapa kajian perbandingan pemikiran kepimpinan era kegemilangan Islam, sebab keagungan dan sebab kejatuhan Usmaniah dalam kerangka IQ-EQ-SQ.


3. Tapak maya kepada Akademi Kepimpinan Al-Fateh (AF) yang akan merumuskan formula terbaik (F.A.T.E.H Values) dari kajian ilmiah mengenai Sultan Muhammad al-Fateh untuk digunapakai dalam latihan kepimpinan semua peringkat organisasi, kepimpinan korporat mahupun persatuan mahasiswa dan pelajar sekolah.

AF akan berfungsi melalui beberapa titik permulaan :

3.1 Penerbitan buku kajian pemikiran dan upaya kepimpinan Sultan Muhammad (kerjasama PTS Milenia)

3.2 Penerbitan album lagu nasyid "1453"


3.3 Penerbitan dokumentari khas mengenai peristiwa "1453" di Istanbul, Turki (usaha penulis sendiri yang akan ke sana bersama isteri pada pertengahan tahun hadapan)


3.4 Penerbitan animasi 3 dimensi "Aksi 1453" dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan di Darul Digital Kelantan dan MMU.

3.5 Penerbitan filem "1453" dengan pengarahan terbaik dan nasihat dari beberapa pakar akademik dalam sejarah Usmaniah (klimaks projek AF dan memakan masa 8 tahun dari sekarang)

Di tapak aksi perang Ramadhan Bar Lev, Mesir. Ego Yahudi Israel ditundukkan tentera Mesir hanya kurang dari 6 jam sahaja.

4. Tapak maya kepada penubuhan Institut Kajian Polisi Kerajaan Usmaniah, idea yang akan direalisasikan juga dalam masa 5 tahun dari sekarang.

Institut ini bertujuan untuk memberikan model kepimpinan berintegriti dan berkompetensi (al-Qawiyy dan al-Amin) untuk gerakan Islam mampu memerintah Malaysia di era Islamophobia kini, dan membuktikan bahawa Islam "rahmat seluruh alam", bukan hanya sekadar kepada orang Melayu-Islam sahaja. Akar pemikiran yang akan menjadi subjek utama adalah Sultan Muhammad II (Al-Fateh) dan Sultan Sulaiman (Al-Qanuni), dua figura negarawan Islam yang disegani dunia.

Di hadapan Qal'ah Salahuddin Al-Ayyubi, Aleppo, Syria

5. Tapak kompilasi video-video klip dari Youtube mengenai 1453 dan tapak kepada artikel terbaik dan akademik mengenai 1453 atau Muhammad al-Fateh.


"Jika itulah sebaik-baik raja dan itulah juga sebaik-baik tentera, maka sudah pasti tersembunyi di situlah model sebaik-baik sistem pendidikan gerakan Islam." - Bersama membongkar mukjizat hadis Rasulullah S.A.W


Posted by Rijal82 Monday, August 31, 2009 1 comments


Video klip ini saya hasilkan dengan menjadikan Trailer dari Muslim Youtube Emirates sebagai permulaan. (The battles involved was Badar, Fathu Makkah, Nakhlah, Ain Jalut, Zallaqah, Hittin, Bar Lev)

Posted by Rijal82 Friday, August 28, 2009 0 comments


Pada awalnya saya keberatan untuk menerima sebarang jemputan memberikan ceramah mengenai buku saya, "Kuasa Kepimpinan Muhammad al-Fateh" kerana kajian saya mengenainya hanya baru mencapai tahap 30 %. Namun, saya menerimanya kerana mengambilkira audience saya kali ini kalangan pra-mahasiswa yang tidak perlu lagi saya sumbatkan terlalu banyak fakta-fakta ilmiah dan berat mengenai sejarah 1453 itu.

Saya dimaklumkan ada 3 talk berasingan ketika talk saya mengenai "The Most Imposible Mission of Sultan Muhammad al-Fateh : Revealed THE SECRET" saya bentangkan kepada mahasiswa mahasiswi Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya. Sungguh menakjubkan mengenangkan kehadiran adik-adik sehingga melimpah dewan masjid Kolej Islam di UIAPJ tersebut, situasi yang saya sendiri tak pernah alami sepanjang mendengar ceramah semasa bersama Gamis sebelum ini.

Setia berada di luar dewan di belakang tabir demi mendapat secebis ilmu

Aneh, sikap apakah lagi yang wujud pada mahasiswa UIAPJ ini jika bukan inkuiri yang menebal dan kecintaan yang tinggi pada ilmu serta untuk mendapatkan "spirit" yang segar dari seorang pemimpin muda diraja Usmaniah bernama Muhammad al-Fateh ? Bukankah susuk tubuh itu sudah wafat terlalu lama, namun mengapakah namanya terus harum mekar disebut-sebut oleh para pencinta perjuangan Islam kalaupun ia tidak disebutkan dalam 100 senarai Michael H. Hart.


Bayangkan dengan perubahan tarikh ceramah atas permintaan saya sendiri pada saat akhir, dengan pengurusan program rasmi yang agak terlewat mendapat kebenaran, dan pada masa yang sama saya akan bercakap topik "sejarah" yang sudah pasti membosankan (1st impression) berbanding 3 talk selain itu di kampus yang sama, sudah pasti ada "magnet" tersendiri menarik begitu besar jumlah adik-adik hadir mendengar talk ini.

Selain kerja kuat adik Fathi dan seluruh AJK program serta "branding" tajuk yang lebih catchy (tidak terlalu serius) dengan jiwa mad'u, saya tidak dapat nafikan pemilihan tokoh Muhammad al-Fateh itu sendiri sememangnya menjadi "keghairahan" adik-adik untuk datang, apatah lagi mereka dijanjikan dengan pendekatan "pawagam" di celahan penyampaian ceramah saya.


Persoalan "branding" tajuk-tajuk sejarah atau silibus-silibus fundamental agama dengan penamaan yang lebih menyegarkan dan menjinak hati mad'u adalah testimoni positif saya perolehi dari pengalaman di Pusat Persediaan Luar Negara UiTM semalaman sebelum ke UIAPJ. Kehadiran yang sangat ramai tidak dapat dinafikan apabila tajuk itu sendiri sudah menimbulkan shift-paradigm pada adik-adik, "Ramadhan, "Honey Moon" Hamba dengan Sang Pencipta."

Saya memainkan istilah "The Secret" kerana kebetulan saya sempat melihat DVD dokumentari ini yang membuktikan kuasa "magnet" (the law of attraction) dalam pemikiran dalam mencapai segala impian yang dilihat sebagai mustahil oleh orang lain, termasuk diri sendiri, namun hakikatnya tidak ada yang mustahil dalam dunia ini apabila seseorang mengimpikannya dengan penuh "passion and burning desires". Sejarah tokoh-tokoh inventors dunia telah membuktikan sehingga Einstein menyatakan imaginasi lebih berkuasa dari pengetahuan. Apa yang dimahukan dalam fikiran itu akan "menarik" impian itu makin dekat menjadi realiti, "then the thoughts become things".

"The Secret reveals the natural law that is governing all lives. By applying the knowledge of this law, you can change every aspect of your life." - Rhonda Byrne's discovery of The Secret

Berfikir positif dan keinginan yang tinggi untuk membawa Islam sebagai penyelamat rakyat Kristian Konstantinople dari kezaliman Mahajaraja Konstantine, itulah "the law of attraction" yang menjadi antara faktor terbesar di sebalik cara berfikir Sultan berusia 22 tahun tersebut sejak dari kecilnya.


Sememangnya, pada awal persembahan, saya sendiri menjelaskan "end in mind" lebih awal kepada adik-adik kenapa kita berada di ceramah ini dan kenapa al-Fateh menjadi pilihan kita., dan apa kaitannya dengan bulan Ramadhan. Saya menjelaskan lebih awal persoalan tersebut supaya mereka dapat stay dalam ceramah ini sehingga ke akhirnya, di samping mengambil pendekatan Allah S.W.T ketika memberikan pengarahan "wajib" berpuasa, namun Tuhan melampirkan dengan 2 pendekatan psikologi yang boleh merubah pemikiran negatif dari hanya nampak "diwajibkan...terpaksa...nak buat macamana...."



Dan sememangnya terbukti, yang tidak dapat duduk di luar sanggup berdiri sehingga ke akhir ceramah semata-mata mahu "mengembara" bersama saya mengimbas peristiwa paling mendapat perhatian dunia pada 1453 Masihi tersebut. Alhamdulillah, hasrat urusetia telah saya lakukan sebaik mungkin untuk mengkaji bagaimana Al-Fateh, berkat didikan kuat ayah dan para ulama Usmaniah, mampu akhirnya memenuhi syarat-syarat "sunnatullah" kemenangan.

Untuk modul pertama di UIAPJ ini, saya merumuskan kesemua aksi persediaan al-Fateh sejak kecil dalam kerangka konsep persediaan sunnatullah iaitu IQ (intelectual quotient) dan EQ (emotional quotient) di samping mengukuhkan lagi keteguhan iman iaitu aspek SQ (spiritual quotient). Saya mengemukakan istilah-istilah ini untuk lebih memudahkan pemahaman adik-adik dalam keadaan dunia korporat dan pengurusan organisasi pada hari ini yang sangat kerap memainkan istilah ini dengan pedoman-pedoman dari sarjana psikologi Barat ketika memberikan motivasi kepada para penggeraknya. Walhal Islam mempunyai terlalu ramai figura yang bukan sekadar berkata, tetapi membuktikan kata-katanya dalam bentuk tindakan yang sinergi dan kerja berpasukan seperti al-Fateh.

Akhir sekali, saya mengembalikan audience kepada konsep ketaqwaan itu sendiri yang menjadi PIALA utama untuk direbut dalam bulan Ramadhan Mubarak ini. Saya cuba memurnikan semula pemahaman taqwa iaitu menjaga peraturan dan ketetapan Allah, bukan sekadar dalam pemahaman hukum halal, haram, makruh, sunat, wajib sahaja, tetapi juga peraturan alam dan sains kehidupan itu sendiri. Sebab itu tidak perlu pelik, bulan Ramadhan menjadi bulan kemenangan Islam dalam banyak pertempuran kerana para pejuang pada masa itu memahami konsep taqwa dalam syariatullah dan sunnatulah tersebut.


Lihat sahaja kenyataan "genius" Saidina Umar al-Khattab berpesan kepada jentera Qadisiyyah bahawa taqwa adalah sebaik-baik "bekalan" menghadapi musuh dan sekuat-kuat "tipu helah" dalam peperangan. Baginda menseimbangkan antara kedua-dua peraturan Tuhan yang mesti dihormati tersebut.


Antara ulama yang mengupas dengan sangat cemerlang aspek "menjaga syarat sunnatullah" ini pada Al-Fateh adalah Dr. Ali Muhammad As-Sollabi. Tunggu posting saya akan datang untuk membedah buku ini.


Lihat lagi gambar di UIAPJ

Posted by Rijal82 Saturday, August 22, 2009 3 comments


"Enemy At The Gates" : Salah satu lagu yang menggambarkan ketakutan dan kesedihan Kristian pada kedatangan tentera Al-Fateh

Saya dalam proses pembacaan bahan-bahan dan mengumpul manuskrip-manuskrip mengenai Sultan Muhammad al-Fateh. Walaupun pendekatan penulisan kelak lebih bersifat santai dan mesra pembaca, namun saya mahu mentahkik semua sumber sebelum dimuatkan dalam buku saya "Kuasa Kepimpinan Al-Fateh" (PTS Milenia) yang akan diterbitkan penghujung tahun ini.

Sebelum ini saya mengkagumi penulisan Michael H. Hart mengenai "100 manusia paling berpengaruh dalam sejarah". Buku ini telah mengundang 1001 perdebatan dunia apabila nama Nabi Muhammad S.A.W diletakkan beliau di tempat pertama menumpaskan 99 tokoh-tokoh dunia, agamawan, saintis dan penakluk yang lain. Buku yang pernah disebut oleh Shekh Ahmad Deedat ditulis dengan penuh objektif tanpa prejudis ini hampir-hampir telah mampu menjadi jambatan antara Islam dan Eropah-Barat ketika Islamophobia memuncak pada saat ini khususnya ketika kemuncaknya apabila Dr Marwah Sharbini dibunuh dalam kamar mahkamah di Jerman.

Namun, buku "100 Manusia Berpengaruh" tidak sama dengan buku "50 Perang Paling Berpengaruh" yang saya temui ini (dengan bantuan saudari Nazirah yang turut membantu saya dan isteri menyiapkan buku ini). Berbeza sama sekali.


Walaupun pada awalnya saya hampir terpukau dengan sinopsis buku ini yang mengkaji satu persatu aksi dan implikasi peperangan besar sepanjang sejarah dunia dan membuat ranking tersendiri berdasarkan sejauhmana besar skala impaknya pada dunia.


Namun benarlah "don't judge the books by its covers". Benarlah telahan saya, sumber dalam bahasa Inggeris mesti lebih saya berhati-hati berbanding dalam bahasa Arab, sama ada di perpustakaan mahupun alam maya.

Saksikan kenyataan penulis buku ini, William Weir pada mukasurat 145 hingga 149. Ia sangat memprovokasi emosi dan menaikkan kemarahan sesiapa sahaja yang selama ini mengkaji fakta-fakta mengenai kebudimanan Muhammad al-Fateh dan para tenteranya.

Lihat sahaja pemilihan perkataan di muqaddimah penulisannya ketika menggambarkan perasaan iri hati Al-Fateh setiap kali melihat tembok bangunan Konstantinople :

“…Mohamed II was irritated every time he looked at the walls of Contantinople…”

…The city (Constantinople) had not blocked the Turkish advance into Europe – the profits from ferrying Turks across the straits were too good. It was, however, a mighty pain for expansion-minded Ottoman sultans

Pemikiran Weir tidak ubah seperti orientalis yang melihat Islam disebarkan dengan mata pedang. Weir cuba menegakkan benang yang basah apabila tampak menulis tanpa menyatakan sumber yang tepat dan disokong oleh mana-mana ilmuwan muktabar. Bahkan beliau lebih bersandarkan minda orientalis dan prejudis menebal kepada Sultan Muhammad sehingga menamakannya bukan sebagai "the Grand Signeur" (pemerintah agung) seperti yang ramai penulis Barat yang jujur mengiktiraf Al-Fateh, bahkan melabelkan al-Fateh sebagai "the Drinker of Blood".


Wier cuba memejamkan mata dari fakta bahawa al-Fateh terpaksa melancarkan serangan ke arah benteng 10 meter Konstantinople selepas segala usaha diplomasi perdamaian mengelakkan pertumpahan darah yang dikemukakan oleh Sultan Muhammad (melalui Mahmud Basya) ditolak dengan penuh keegoan, bahkan mengancam semula untuk menyerang semula negara -negara kecil di bawah Usmaniah sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini ketika Konstantinople cuba didekati oleh pimpinan Usmaniah.

Wier cuba menafikan fakta bahawa Konstantinople bukan lagi menjadi milik rakyat Kristian Ortodoks Konstantinople, tetapi sudah menjadi milik peribadi berkepentingan Maharaja Konstantine XI ketika itu yang sanggup menukar agama rasmi negara kepada Kristian Katholik semata-mata untuk meluluskan bantuan pertahanan dari Pope untuk mempertahan survival politiknya, bukan kehendak rakyatnya yang mahukan beliau menyerah diri kepada Sultan Muhammad tanpa peperangan.

Betapa jijiknya fitnah Weir yang cuba pula menggambarkan "nafsu politik" al-Fateh sejak dari usia mudanya :

Mohammed was not a man given to shilly shallying. His first act on becoming Sultan in 1451 was to send an assassin to drown his baby half-brother, who might grow up to be a rival for the throne. His next act was to execute the assassin. His third act was to marry the baby’s mother to a slave. His soldiers called him “the Drinker of Blood”….” !!!

Saksikan pula percubaan menyangsikan tahap ketaqwaan tentera al-Fateh :

“…Of the 200,000 according to a Florentine soldier named Tedaldi, only 140,000 were effective soldiers. The rest were “thieves, plunderers, hawkers, and others following army for gain and booty. But 12,000 of the soldiers were Janissaries, the best infantry of any European nation. The Janissaries had been children of Christian parents, taken in the Turkish “blood tax” and raised in Islam…


Demikianlah musuh-musuh Islam. Menjadi tabiat mereka untuk memfitnah para pemimpin Islam dengan fitnah yang sangat dahsyat dan halus. Namun, anehnya mereka sendiri terpaksa mengakui di celahan tulisan mereka itu beberapa fakta yang tidak dapat disangkal dunia, seperti kepemudaaan al-Fateh, penguasaannya pada banyak bahasa dan sistem pendidikan ulama Usmaniah yang diterimanya sangat sistematik, serta kemahiran mencipta senjata paling hebat di zaman itu menumpaskan senjata Byzantium, dan diplomasi yang dikemukakannya sebaik sahaja menawan Konstantinople. Saksikan :

…Mohammad was well educated. He spoke Turkish, Greek, Latin, Arabic, Chaldean, and Slavonic. He studied the lives of great leaders and had sound ideas on strategy..” page 146, Battle 26

..Mohammed had more guns and bigger guns than any prince in Europe or Asia. He has been called “the world’s first great artilleryman...”

he gave the Christians in the city freedom to worship in their own way..."

Weir semacam terdesak untuk memutabelit sejarah dan fakta yang diakui dunia, jadi apa yang mampu beliau lakukan hanyalah mengekalkan perakuan sejarah yang universal itu, tetapi memutarbelit di celahan fakta dengan fakta tambahan (rekaan) untuk memaling perhatian pembaca dari fakta yang sebenar kepada fakta rekaan yang jelas cuba melakukan provokasi pada umat Islam.

Itulah hakikat yang berlaku juga pada masyarakat Quraisy terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Mereka memfitnah Nabi sebagai ahli sihir, orang gila, penipu dan sebagainya selepas wahyu diturunkan kepada baginda, tetapi mereka terpaksa akui Muhammad bin Abdullah itu jualah satu-satunya manusia paling berintegriti dan bepekerti di Makkah.

Sangat keterlaluan lagi, Weir menambah lagi kezaliman al-Fateh pada tentera, seolah-olah Weir cuba menutup hakikat sebenar perbuatan seperti itulah yang dilakukan oleh panglima perang Crusade pada tentera mereka yang kalah berperang :

"...Mohammed was so enraged by the failure of his infantry, he thought about loading their bodies into the bombards and shooting them over the walls of Constantinople

Weir juga cuba menulis gambaran kesudahan jatuhnya kubu kuat Kristian Rome selepas bertakhta ratusan tahun, dengan meraih simpati apa yang terpaksa dilalui panglima Giovanni Giustanni.

Saya cukup bimbang jika inilah pendekatan Barat jika benar ada usaha dari institusi Hollywood ini untuk menerbitkan "1453" ini sebagaimana saya temui preview ini :


"1453" : Al-Pacino (Academy Award Winner) as Halil Pasha, Orlando Bloom as Giovanni Giustiniani, Jeremy Irons (Academy Award Winner) as Constantine XI, Ioan Gruffudd as Mehmet II.
Walaupun preview ini hanya kompilasi KOH, Troy dan filem-filem terbitan mereka dan bukannya "1453", namun saya meletakkan ramalan bahawa tidak mustahil ia akan dihasilkan suatu ketika nanti.


Sebab itulah saya menyimpan azam, andaikata Tuhan memberikan saya usia yang panjang, antara legasi terbesar mahu saya tinggalkan kepada Malaysia dan dunia adalah sebuah filem epik terbitan Malaysia sendiri mengenai "Fetih Mehmet", sebagai respon kepada "1453" andaikata benar ia akan dihasilkan, dan andaikata benar ia "prejudis" kepada Islam.

Sebab itu saya menyimpan azam untuk menjadikan asas ilmu dalam Master dan PhD dalam sejarah Usmaniah dan Al-Fateh sendiri serta 'engagement' yang kuat dengan para intelektual seperti Prof Redzuan Osman, Ustaz Hasrizal Jamil dan mana-mana sarjana yang pernah mengkaji mengenai Al-Fateh sama ada keperibadian mahupun strategi perangnya.

Juga 'engagement' dengan mana-mana Pengarah filem di Malaysia yang saya fikir mempunyai kecenderungan yang ghairah kepada sudut epik dan sejarah, serta pengkritik filem dan lakonan seperti Prof Abu Hassan Hasbullah yang terserlah wibawanya dalam sudut ini ketika Final "Pilih Kasih" yang sempat saya ikuti semata-mata untuk melihat kritikan dan wibawanya dalam hal ini selain di pentas argumentasi politik semasa.

Posted by Rijal82 Tuesday, August 18, 2009 6 comments

Antara perkongsian saya berikan kepada mahasiswa di Pusat Persediaan Luar Negara, UiTM Shah Alam baru-baru ini adalah bagaimana cara melihat yang betul (shift-paradigm) kepada Ramadhan, tetamu agung yang akan tiba. Saya membawa analogi seorang yang pengotor yang berselerak rumahnya, namun apabila mengetahui pada esok hari tunang kesayangannya akan datang membawa hantaran dan keluarga, usahkan dia akan bertukar menjadi seorang yang sangat kemas, bahkan sanggup untuk tidak tidur malam bagi memastikan "first impression" seorang manusia yang akan hidup selamanya dengannya memulakan persepsi yang baik pada dirinya. Kenapa berlaku perubahan karakter secara tiba-tiba padanya ? Sudah pasti kerana dia sangat mengenal dan menyayangi tunangnya itu, bahkan rasa disayangi. Setiap yang merasai dirinya disayangi akan melakukan apa sahaja untuk memenangi hati yang menyayangi.


Demikianlah juga dengan bulan Ramadhan yang diciptakan dengan sangat istimewa kepada ummat Muhammad, tidak diberikan pada ummat terdahulu. Berbanding bulan-bulan Islam yang lain, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling sarat dengan adegan "percintaan" dan sejarah pengorbanan kerana "cinta", bukan antara hamba dengan hamba yang kebanyakannya tersasar dari orbit sang Pencipta, namun antara hamba itu sendiri dengan Pencipta.


Kecintaan yang mengundang rasa mahu bertemu Tuhan lebih penting dari terus kekal di atas dunia, perasaan luarbiasa dan sangat dahsyat menyebabkan rekod kuantiti kemenangan peperangan tentera Islam di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain adalah "unbeatable".




Video klip Muslim Youtube Emirates yang sangat membakar semangat dan merubah paradigma kita tentang Ramadhan. Pendekatan animasi berkualiti dahsyat MYE ini mungkin akan menjadi sasaran perbincangan saya nanti untuk penerbitan atau perkongsian bagi menjayakan cita-cita Pawagam Islam .



Aksi Tariq bin Ziyad dalam pertempuran Ramadhan menawan Andalus

Tidak perlu pelik kerana pada bulan inilah juga turunnya "surat cinta" dari sang Pencipta kepada Rasulullah demi keselamatan umatnya di akhir zaman.


Satu persatu saya menceritakan kepada mereka episod percintaan Rasulullah dengan umatnya. Dari kerinduan dan titisan airmata di hadapan para Sahabat kerana mahu bertemu umatnya sehinggalah kepada memohon pada Allah agar umatnya dikurniakan dengan satu malam yang mampu umatnya melakukan amalan menyamai umat yang berumur panjang di zaman dahulu. Dengan rasa cinta itulah, Lailatul Qadar dihadiahkan Allah pada ummat Muhammad.

Bukankah tanda rahmat dan cinta Allah kembali berputik pada kita apabila bila Ramadhan tiba, kita yang sangat jarang menunaikan solat berjamaah, tiba-tiba dianugerahkan "rasa bersalah" jika tidak ke masjid menunaikan solat Isya berjamaah, bahkan solat Tarawikh ?

Bukankah kerana rahmat dan kasih sayang Allah kita yang selalu tidak menjaga solat Subuh pada waktunya, tiba-tiba dengan kedatangan Ramadhan, agenda sahur mendisiplinkan solat Subuh kita ?

Bukankah kerana rahmat dan cinta Allah kita yang selalu jauh dari al-Quran, terlalu jarang membacanya, namun kedatangan Ramadhan menyebabkan kita dihimpit perasaan untuk sekurang-kurangnya untuk membaca al-Quran kalaupun tidak mengkhatamkannya.

Bukankah kerana rahmat dan cinta Allah, kita yang selama ini boros berbelanja makan dan tidak menjaga kesihatan dengan amalan pemakanan yang mengikut hawa nafsu, namun Ramadhan hadir menjadi "doktor" pemakanan paling berkesan pada fizikal dan spiritual kita ?

Sebab itu saya melakukan modul "melihat dengan pandangan mata hati" pada adik-adik UiTM pada malam tersebut, kerana Ramadhan menjanjikan piala dan hadiah yang sangat dahsyat, namun kesemua itu tidak mampu dilihat dengan matakasar, tetapi hanya mampu dilihat dengan mata hati, petandanya ketenangan di dalam sanubari.

Lihat lagi gambar

Posted by Rijal82 Monday, August 17, 2009 0 comments


Ketika di muktamar GAMIS, saya didatangi 2 aktivis PMI UTMKL bertanyakan modul terbaik untuk memberikan motivasi kepada bakal pimpinan baru PMI di sana.

Kebetulan pula, pada bulan hadapan ataupun 2 bulan lagi, saya akan melakukan percubaan pertama modul Akademi Kepimpinan Al-Fateh selama 3 hari 2 malam pada adik-adik pimpinan baru BADAR di KISAS. Justeru banyak perkongsian telah saya lontarkan pada rakan-rakan UTMKL.

Sebenarnya, antara banyak faktor yang memunca kepada lemahnya stamina kerja dan motivasi diri penggerak dakwah dan aktivis muda Islam adalah kerana kepimpinan atas gagal melihat potensi-potensi tersembunyi yang ada pada setiap individu di bawahnya. Adalah lebih malang lagi sekiranya ada sikap dan karakter pemimpin di atas yang nampak seperti jitu mengurus organisasi dan melakukan pengarahan kerja satu persatu berdasarkan visi organisasi, namun rupa-rupanya berlaku "pembunuhan potensi" secara senyap dalam sebuah gerakan.

Sebaiknya, lihatlah potensi setiap individu khususnya pimpinan di luar dari kerangka "lajnah" atau port-folio yang beliau pegang.

- Ada orang yang sebenarnya mampu menjadi "pemikir" secara "helicopter view" kepada gerakan
- Ada orang yang tidak mampu berada di atas, tetapi lebih gemar melihat secara spesifik dan "street view"
- Ada orang yang bersifat intelek, sangat mementingkan fakta dan hujah, sangat sukakan aktiviti ilmiah dan pembacaan buku berat.
- Ada orang yang bersifat artis, lebih mementingkan kedamaian dan perpaduan, sangat mementingkan perasaan dan sukakan pendekatan otak kanan
- Ada orang yang boleh jadi negotiater (pendamai) dan propagandist yang berkesan (tukang ajuk dan pujuk)

Pelbagai lagi kelebihan yang akhirnya merumuskan pentingnya sifat saling melengkapi ketika bekerja dalam satu pasukan, dan di tingkat mana seseorang itu wajar diletakkan, di frontliner, atau di bahagian follower, ataupun bahagian defender apabila gerakan ditimpa krisis dan konflik, atau di bahagian serangan. David Keirsey merumuskan 4 watak penting perlu ada iaitu :


- Protectors (pelindung dan fundamentalis)
- Creators (initiator dan brainstormist)
- Intelectualls
- Visionaries

Lantaran sekiranya ditemui "the strength spot" pada setiap individu dengan pelbagai mekanisme dan kaedah mengenalpasti, sudah pasti jamaah dan gerakan akan meluncur dan memecut lebih laju dari momentum biasa, lantaran pimpinan bukan sekadar bergerak sebagai "pengurus" lajnah yang "efisien" semata-mata, tetapi mampu menjadi "pakar" dalam bidang-bidang strategik jamaah itu sendiri. Ini akan melahirkan "pimpinan" yang "efektif" dalam erti kata yang sebenar.

Sebagai contoh, ada kaedah mengenalpasti potensi dengan ujian inventori karakter diri berdasarkan "warna" diri, iaitu suatu ujian yang terbukti berkesan pernah dilakukan bahkan kajian ilmiah itu dibukukan oleh seorang penulis. Tebal buku tersebut dan sangat ilmiah, sudah pasti kaedah dan penemuan ini tidak boleh dipandang remeh sebagai tips-tips simplistik yang biasa didengari dari para motivator.

Saya sendiri memanfaatkan 70 soalan "Personality Test" yang dihasilkan oleh pakar psikologi Carl Jung, Isabell Brigs dan Katherine di sini.


Adalah suatu kerugian bagi sebuah gerakan Islam yang mahu mencetak generasi kepimpinan yang pro-aktif dan futuristik dengan zamannya andaikata musuh-musuh Islam yang lebih awal memanfaatkan mekanisme dan penemuan "hikmah" tersebut, manakala kita terus dengan cara "lama" kita, potensi abna' harakah tidak dikembangkan, slot-slot menggilap potensi diri tidak mampu menjadi slot "cermin diri" yang berkesan, nuqaba terus statik dengan pendekatan sebagai khatib (penceramah dalam usrah) semata-mata dan tidak mengupayakan diri sebagai trainer dan coach sebuah pasukan (usrah) yang pelbagai karakter dan potensi tersembunyi.

Bersemangat apabila membaca kelebihan watak "The Strategist" (INTJ) ini (di sini).

Alangkah baiknya jika sahabat-sahabat "sefikrah" (The Strategist) ini boleh duduk bersama saya dalam AKP untuk memberikan sumbangan paling maksima pada aspek "kompetensi" perjuangan pemuda Islam di Malaysia.

Posted by Rijal82 Sunday, August 16, 2009 2 comments

Kesempatan berada di sesi petang Muktamar GAMIS adalah suatu yang sangat bermakna bagi saya dan isteri.

Apa yang lebih mengharukan apabila isteri hadir bukan sekadar sebagai ‘penonton’ Muktamar, tetapi turut sama memberikan partisipasi aktif dalam perbahasan ucapan dasar dan pernyataan cadangan walaupun kehadirannya agak lewat berbanding muktamirat yang lain.


Apa yang lebih membanggakan menyaksikan kombinasi paling tepat dan strategik bagi mengemudi bahtera baru pelayaran GAMIS apabila saudara Idris dipilih sebagai Presiden GAMIS bersama Shazni Munir sebagai Timbalan Presiden, suatu kombinasi paling berkesan sepanjang saya mengenali dua individu aktivis ini. Saudara Idris yang dilihat sangat ampuh idealisma tarbiyah gerakan mahasiswa bersama saudara Shazni yang dilihat sangat tajam dan konkrit idealime siasah gerakan mahasiswa serta seluruh barisan baru kepimpinan sangat saya yakini mampu mengukuhkan idealisme perjuangan Islam GAMIS di pentas Malaysia.

Bagi saya, saudara Idris dipilih bukan sekadar kerana kekuatan peribadinya, bahkan pasukan gerakan mahasiswa Islam di UKM itu sendiri di bawahnya. Jarang seseorang dipilih menjadi Presiden andaikata persoalan paling asas iaitu wujudkah "a binding taskforce" dari kampusnya sendiri tidak terjawab. Pemilihan beliau sebagai Presiden yang memecahkan tradisi bertahun-tahun GAMIS tanpa percubaan Presiden dari UKM mengesahkan lagi tanggapan saya bahawa gerakan mahasiswa Islam di UKM semakin menemui rentak sebenar mereka di pentas nasional, bukan sekadar kampus semata.

Para pembahas kali ini (yang saya nilai separuh masa kedua muktamar sahaja, sesi sebelumnya saya tidak ikuti dan tidak mampu membuat penilaian) lebih matang dan besar jiwa mereka, tiada lagi perbahasan yang terlalu emosional tanpa hujah yang konstruktif atau sekurang-kurang jelas dan nyata mesejnya. Justeru saya sangat berbangga adik-adik saya akhirnya mampu menerima usul-usul yang dilihat semakin mendewasakan cara berfikir mereka untuk berpencak dalam perjuangan di kampus.

Usul GAMIS perlu menyediakan dokumen pernyataan karakteristik “muslim negarawan” supaya boleh dijadikan pedoman dan teras tarbiyah ahli-ahli GAMIS seluruh Malaysia dilihat usul yang futuristik selari dengan gagasan GAMIS kali ini yang sering dipertegas saudara Shazni Munir iaitu 9 domain kenegaraan iaitu :

1. Ekonomi, kewangan, perdagangan dan perbankan
2. Kedudukan Islam dan hubungan antara agama dan kaum
3. Pendidikan
4. Demokrasi dan hak asasi
5. Perundangan dan kehakiman
6. Kebajikan rakyat (kemiskinan dan kesihatan)
7. Keselamatan
8. Penerangan dan media
9. Dasar luar negara

Lebih mantap lagi, ada perwakilan mempersoal di mana duduknya domain “hiburan” dan adakah ia tidak menjadi sasaran domain GAMIS ataupun kesinambungan selepas kejayaan melakukan Konsert Antara Dunia.

Seperti biasa, GAMIS Borneo khususnya dari UMS terus menjadi pembahas paling ‘bersedia’ untuk mengemukakan sesuatu usul dan cadangan, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Kekadang aneh mengenangkan mereka yang lebih bersemangat berbanding persiapan rakan-rakan dari semenanjung.

Ucapan penggulungan dari saudara Shazni Munir yang banyak menyentuh soal kenapa lahirnya 9 domain fokus GAMIS dan ucapan penutup dari saudara Idris yang menyentuh karakteristik ahli GAMIS berteraskan apa yang disifatkan Allah pada pemuda Ashabul Kahfi, kedua-dua pidato mereka di samping pidato saudari Fasihah Pengerusi SIGMA mengesahkan keyakinan saya bahawa kepimpinan baru GAMIS mampu membuat sesuatu yang jauh lebih baik dari legasi besar yang telah ditinggalkan Ustaz Dzulkhairi, Rafidah, Munawwirah dan seluruh saff pimpinan GAMIS yang lepas.

Posted by Rijal82 Saturday, August 15, 2009 3 comments


1) Instec UiTM (Pusat Persediaan Ke Luar Negara) - Selasa, 18 Ogos 2009 (9 malam)

2) Pusat Asasi UIAM (Kampus Petaling Jaya) - Rabu, 19 Ogos 2009 (9 malam)

3) UTM Kampus KL - Khamis, 20 Ogos 2009 (9 malam)

4) UPM (Kolej Ke-17) - Sabtu, 29 Ogos 2009 @ 8 Ramadhan 1430 H (8 pagi - 1 tengah hari)

5) Persatuan Huffaz Al-Quran (Jam'iiyyah Khadamatil Quran), UIAM - Ahad, 30 Ogos 2009 (Kepimpinan Huffaz dan Aspek Syariatullah pada Al-Fateh)

6) UTHM Kuittho - Ahad, 4 Oktober 2009 (Falsafah Ketenteraan dalam Islam)

7) Kolej Islam Sultan Alam Shah - Kem Kepimpinan Al-Fateh (pimpinan BADAR Kisas) - 3 hari 2 malam (selepas Final Exam dan sebelum cuti panjang)

Posted by Rijal82 Wednesday, August 12, 2009 0 comments

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berkesempatan memenuhi jemputan rakan-rakan PKPIM untuk AGM mereka. Walaupun tidak memakai 'jersi' Gamis, namun sahabat-sahabat di sana masih tetap menganggap kehadiran saya, isteri dan saudari Syahidat dari Ma'ruf Club UIAM sebagai mewakili Gamis, tak mengapalah, bukan persoalan besar.


Yang penting, ukhuwwah yang pernah terjalin antara saya dan rakan-rakan lama aktivis Pkpim dalam I.M.A.M (front mahasiswa Wufi-Pkpim-Karisma) di UIAM 3 tahun lepas kembali bertaut di sini. Alhamdulillah, terasa besar sedikit jiwa ini dan terbuka sedikit jaluran paradigma melihat isu-isu besar negara pada saat ini.


Berikut beberapa perkongsian penting dari saya sepanjang di Wisma Belia tersebut :

1. Pada awalnya kami kecewa kerana tidak bersempatan mengikuti pidato YB Dato Saifudin Abdullah, satu-satunya menteri 'intelek' dalam kabinet PM Najib Razak. Apatah lagi mendengar khabar dari sahabat-sahabat Pkpim bahawa Dato Saifuddin menyerlahkan 'dirinya yang sebenar' dalam pidato tersebut, mengungkap dengan jelas dan mantap idealisme dan halatuju perjuangan mahasiswa dan anak muda Malaysia.

2. Apa yang boleh dijadikan iktibar bagi gerakan mahasiswa Islam dan Gamis adalah bagaimana Pkpim bukan sekadar menjadikan muktamar tahunan mereka sekadar perbincangan isu-isu remeh temeh dan permasalahan picisan dan terbitan, bahkan mereka mampu menjadi agenda-agenda besar mempertegas dasar-dasar kenegaraan dan isu-isu penting untuk melatih minda 'negawaran' pada ahli-ahli Pkpim yang datang untuk bermuktamar.

Tidak salah bagi saya andaikata Gamis memulakan muktamar mereka nanti dengan memanggil sifu-sifu aktivis-intelek kita untuk memaparkan terlebih dahulu 'the big picture' Malaysia dan gerakan Islam sebelum persoalan halatuju dan kedudukan Gamis dibincang, dikritik mahupun direncana. Supaya perbincangan dan perbahasan adalah bersifat muhasabah yang futuristik, bukan destruktif. Cadangan ini mengambilkira tidak semua ahli Gamis hadir dalam Kongres Rejuvenasi Gamis baru-baru ini jika nak dibandingkan dengan kapasiti kehadiran ke Muktamar nanti.

3. Slot paling menarik adalah slot 3 pidato selari pada petang tersebut, dan saya memilih kumpulan kecil yang membicarakan soal "integriti dalam pembinaan jatidiri" yang dibentangkan oleh Encik Anuar Haji Ahmad, Pemangku Pengarah Sosiobudaya, Institut Integriti Malaysia dan kemudiannya diulas oleh sahabat saya saudara Wan Ahmad Faysal dan Naib Presiden Pkpim.

Antara dapatan menarik dari Encik Anuar adalah muqaddimah beliau yang menyebutkan kebanyakan empayar-empayar besar dunia secara sunnatullahnya membuktikan kesemua tumbang kerana masalah integriti kepimpinannnya. Lihat sahaja empayar Rom, Parsi, Mongol, Srivijaya, termasuk juga empayar Islam Abbasiyah dan Usmaniah.



Selain itu, perkongsian menarik beliau adalah pengalaman dua bulan beliau dihantar IIM ke Jepun untuk mengkaji sifat integriti dan menghargai masa mereka. Orang Jepun akan berada di pejabat atau sesuatu event lebih awal sejam dari yang dijadualkan. Manakala mereka akan balik secara normalnya pada 2-3 pagi, bukan jam 5 petang seperti kita di Malaysia. Apa yang lebih menarik, bagaimana isteri mereka akan mengutuk suami mereka sekiranya mereka balik lebih awal dari kebiasaan 2-3 pagi tersebut kerana suami mereka sudah tidak beramanah dengan kerja di pejabat. Para isteri di Jepun akan bangun dari tidur mereka untuk menyambut suami mereka, membuangkan stokin dan kasut suami mereka yang kepenatan dan menyediakan sup panas pada suami mereka. Isteri-isteri di Malaysia bagaimana agaknya jika suami balik jam 2-3 pagi ? Pasti 'suruhanjaya siasatan diraja' ditubuhkan :)

Dapatan ketiga adalah apakah rahsia Finland menumpaskan Jepun untuk kekal bertahun-tahun sebagai negara nombor satu bebas rasuah dalam kajian indeks persepsi rasuah antarabangsa. Bila IIM bertanya kepada wakil mereka di Malaysia, jelaslah jawapan mereka bahawa rakyat dan pemimpin mereka menjadikan "religion as the way of life".


Saya dan isteri masing-masing mempunyai satu persoalan kepada Encik Anuar, tetapi kerana menghormati masa dan keutamaan kepada rakan-rakan Pkpim yang mahu bertanya, maka saya menguzurkan persoalan saya iaitu persoalan bagaimana IIM melihat permasalahan kegagalan Pelan Integriti Nasional legasi Pak Lah dan semakin dahsyatnya permasalahan akhlak dan integriti remaja dan mahasiswa pada masa ini dengan peranan Kementerian Pelajaran itu sendiri. Ini kerana mencegah ketika usia masih muda di sekolah adalah lebih mujarab dalam membanteras rasuah dan masalah integriti berbanding projek merawat ketika kesemuanya sudah berada dalam alam kerjaya. Keduanya, saya mahu mencadangkan IIM berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji sistem pendidikan di Finland kerana saya yakin di situ letaknya rahsia mereka.

Posted by Rijal82 Monday, August 10, 2009 0 comments

Saya dan isteri berkesempatan memilih filem "Traitor" untuk menjadi tontonan masa santai kami hujung minggu lepas di rumah. Sinopsis filem ini yang berbunyi "...they begin with prison break in Yemen..." telah menyebabkan kami - yang pernah menontoni Prison Break - merasakan suatu keperluan dan kelengkapan pula melihat filem Traitor. Harapan kami mungkin ada elemen kegeniusan dan kebijaksanaan konspirasi musuh boleh dipelajari dari filem ini.


Sangkaan kami meleset secara tersuratnya. Filem ini sarat dengan propaganda secara terangan dan halusan Amerika Syarikat dan proksi Illuminati mereka seperti biasa, FBI.

Propaganda terang adalah bagaimana filem ini menggambarkan Muslim yang setia dengan pegangan agama, seperti menunaikan solat walaupun dihalang, namun Muslim itulah yang akhirnya komited dengan suicide bombing atau aksi terrorism membunuh rakyat awam Amerika, kononnya atas 'kehendak' Tuhan. Satu persatu aksi 'suicide bombing' ke atas kedutaan dan premis Amerika di serata dunia digambarkan dalam filem ini dengan meletakkan simpati kepada rakyat Amerika sahaja, persis sebagaimana yang dilakukan ke atas dunia pada hari ini.

Propaganda halus pula (sukar dibaca melainkan melihat filem ini sehingga ke akhir) adalah bagaimana pihak Amerika diserlahkan sebagai pihak yang mahukan kedamaian dan sedia bekerja kuat untuk memberikan ketenteraman pada semua pihak, sehingga pegawai FBI sendiri mampu melafazkan apa yang disebutkan di dalam al-Quran mengenai perdamaian dan jangan membunuh orang awam pada "the Traitor".

Hakikatnya, tidak dapat dinafikan filem ini boleh menyentuh hati dan mungkin mampu menyampaikan mesej kepada para Mujahideen untuk tahu membezakan antara kafir harbi dan kafir zimmi atau kafir mereka yang tidak memerangi Islam sebagai sasaran amaliah istiyhadiah mereka (melainkan di Palestin, berdepan dengan Yahudi Zionis yang tiada kompromi pada kedudukan amaliah istiyhadiah di sana adalah sebesar-besar jihad selagi pelakunya meletakkan niat menggempur musuh dan mengembalikan maruah Islam - Fatwa Al-Qaradhawi pada 22 April 2001 dalam akhbar al-Watan al-Qatariyyah)

Namun demikian, ada suntikan halus berbahaya yang menyemarakkan lagi agenda "painting Islam as the new enemy" dalam filem ini, antaranya :

1. Menggambarkan hakikatnya aksi 'suicide bombing' itu adalah aksi yang sebenarnya direncana mereka yang 'berkepentingan' dan 'diupah' oleh pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan, seolah-olah ia suatu perbuatan yang sangat memalukan agama Islam itu sendiri, yang menyebabkan pelakon utama berwatak Muslim tersebut akhirnya menjadi "Traitor" yang belot dan menjatuhkan sendiri "the Company" (An-Naseer Mujahideen Group) yang mendalangi aksi pengeboman berani mati ini.

2. Menggambarkan mereka yang komited dengan agama itulah yang paling berpotensi melakukan aksi pengeboman berani mati. Semacam disengaja dilakonkan adegan menyebut berkali-kali "Allahu Akbar" beberapa pengebom berani mati yang sedang bersiap sedia melancarkan serangan bom di beberapa buah bas awam.

Tidak mustahil filem-filem seperti inilah yang menjadi tontonan utama televisyen di negara-negara Barat yang pemerintahnya tidak senang dengan umat Islam.

Tidak mustahil inilah bahan yang telah mempengaruhi emosi dan kewarasan akal Alex (pembunuh celaka yang menikam Dr Marwah) sehingga melakukan perbuatan paling terkutuk dalam diari umat Islam akhir zaman khususnya yang membabitkan muslimah di negara Eropah. Siapa yang tidak tersentuh hatinya dengan filem-filem propaganda ala-Fitna ini, apabila kewarasan akal diketepikan dengan pegangan agama sendiri yang sangat longgar, maka lahirlah tindakan kebinatangan paling dahsyat ke atas seorang muslimah yang juga seorang ibu dan isteri kepada anak di dalam kandungan, Dr Marwah Sharbini.

Saya membantu isteri menceritakan tragedi berdarah di Mahkamah Jerman pada mahasiswa-mahasiswi Utara di UIAPJ. Mahkamah ini yang menyaksikan 18 tikaman 'terancang' dikonspirasikan ke atas Marwah dan suaminya yang 'tersilap' ditembak oleh pihak keselamatan mahkamah yang 'membenarkan' Alex membawa masuk pisau dan 'menonton' tikaman ke atas Dr Marwah sehingga ke tikaman ke 18.

Dengan mengaitkan pidato Obama di Mesir, pengeboman Nordin Mat Top di hotel Indonesia dan penyebaran H1N1 oleh Israel-Amerika, saya menyatakan berkali-kali kepada adik-adik bahawa "giliran kita juga semakin hampir. anda perlu bersedia dengan musuh-musuh Allah". Perancangan mereka licik dan sukar dibaca. Kesemua yang berlaku ini adalah perencanaan rapi musuh-musuh Allah. Dr Marwah dan suami telah perjuangan Islam di Jerman dengan ilmu tahap PhD dan darah mereka, kita bagaimana jika masalah akademi mahasiswa Islam terus memalukan Islam itu sendiri ?

video
Video yang saya edit dari beberapa sumber di Youtube untuk tujuan menyentak perasaan mereka yang hadir termasuk pelajar antarabangsa.

Mampukah wujud "Ridley Scott" (Pengarah Filem Kingdom of Heaven yang berjaya menggambarkan keindahan akhlak Salahuddin al-Ayyubi kepada Eropah) dalam umat Islam hari ini ? Siapakah yang mampu melakukan agenda "taqrib" antara peradaban Islam dan Barat melalui wasilah perfileman ini supaya Islam tidak lagi dilihat sebagai ancaman dan 'pengganas ' dunia ?

Posted by Rijal82 0 comments

Sungguh suasana yang menyelubungi mengisafkan diri ini tatkala berpeluang mendengar khutbah Tuan Imam kepada jenazah Allahyarham yang telah selamat dikebumikan.

Saya dan isteri berkesempatan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada ayah Penasihat SIGMA GAMIS, saudari Rafidah Salleh yang pulang ke rahmatullah awal pagi ini. Walaupun tidak sempat untuk bersama solat jenazah, namun rasanya memadailah kesempatan mengiringi arwah seorang ayah kepada seorang icon gerakan muslimat muda ke tanah perkuburan.

Sungguh suasana yang menyelubungi mengisafkan diri ini tatkala berpeluang mendengar khutbah Tuan Imam kepada jenazah Allahyarham yang telah selamat dikebumikan. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian, semoga Allah memberikan kesudahan kematian yang baik (husnul khatimah) kepada ayah saudari Rafidah dan kita semua, Insya-Allah.

Saudari Rafidah yang saya kenal sejak bersama dengan Wufi 2 tahun lepas sehingga ke GAMIS, adalah seorang icon pemidato mahasiswi Islam yang attraktif dan magnetik, serta keberanian dan kekentalan beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman mahupun luaran mampu mengalahkan jiwa muslimin. Saya doa beliau akan terus tabah dan tenang menghadapi hari-hari mendatang.

Kita tidak berseorangan. Rakan sejawat beliau saudara Redhuan Bakar juga baru kehilangan ayah kesayangannya pada tahun ini. Saya sendiri kehilangan ayah kesayangan sejak belum matang mengenal dunia. Bahkan ramai tokoh-tokoh hebat melakar sejarah dunia kerana ujian yang datang dari Allah dengan kehilangan insan tersayang, pada saat itulah hikmah terzahir untuk Allah menyerlahkan potensi sebenar yang ada pada kita, yang tak pernah kita duga.

Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang menjadi sebaik-baik pejuang yang bermulanya ujian beliau dengan kehilangan ayah tersayangnya, bahkan baginda belum sempatpun melihat dunia.

Posted by Rijal82 0 comments

Subscribe here

Mohon Jutaan Maaf

Saya memohon maaf kepada pembaca sekiranya Rijal82 terpaksa mengambil masa sedikit untuk update posting-posting terbaru. Ini kerana saya terpaksa menumpu seketika usaha untuk mendapatkan semula laptop saya yang hilang semasa program dakwah di Kelantan baru-baru ini. Laptop tersebut telah 3 tahun menjadi 'nyawa' kompetensi perjuangan saya. Tanpa laptop itu, tiadalah Rijal82 Blogspot. Saya mohon sungguh-sungguh SOLAT HAJAT dari saudara saudari sekalian supaya Allah mempermudah, tidak mempersulit usaha dakwah saya kepada ummah.

Nantikan Kemunculannya !!!

Designed by Nur Jannah
Telah banyak buku-buku sejarah menulis mengenai Sultan Muhammad al-Fateh dengan pendekatan kronologikal dan tersurat.

Namun, buku ini akan mendedah dan membumikan 15 karakter kepimpinan yang wujud secara tersirat di celahan fakta-fakta sejarah yang sahih mengenai sosok tubuh pemimpin muda 22 tahun ketika melakukan aksi penawanan paling mustahil dalam sejarah dunia pada 1453 Masihi tersebut.

Buku ini akhirnya akan mendedahkan mukjizat di sebalik pengiktirafan Rasulullah kepada beliau dan pasukan tenteranya.

Pendekatan mengkaji cara berfikir, kuasa pendidikan dan karakter kepimpinan serta perkongsian pengalaman penulis sendiri yang pernah bergelumang dalam sektor kepimpinan korporat, NGO, gerakan mahasiswa dan persatuan pelajar membuatkan buku ini sangat unik, sesuai untuk tatapan semua tahapan usia.

Profail Blogger


Muhamad Syaari bin Ab. Rahman (email / ym : rijal_tarbawi82@yahoo.com)
Berasal dari Kampung Pondok Berangan, Tumpat, Kelantan.

Mantan Setiausaha Agong BADAR dan LKP KISAS (1998-2001) . Mantan Setiausaha Agong GAMIS (2007-2009).

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab UIAM.

Akan melanjutkan pengajian ke peringkat M.A (Human Sciences in Islamic History and Civilization) dan PhD dalam Sejarah Islam Usmaniah dan thesis mengenai pemikiran, karakter kepimpinan dan "the art of war" Sultan Muhammad al-Fateh (Mehmet II) serta sistem pendidikan Usmaniah yang wujud pada eranya dan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

Kini sedang bekerja Senior Motivator di I.P Minda Sdn. Bhd Training & Consultancy (www.ipminda.com).

Meletakkan cita-cita 10 tahun lagi untuk membuka :

- Akademi Kepimpinan Al-Fateh (AF)
- Institut Kajian Dasar Usmaniah
- Studio Animasi Darul Digital 1453
- Pawagam An-Nur (mengambil istilah kitab paling berpengaruh Badiuzzaman Said Nursi).

Kini sedang memegang taklifan sebagai Setiausaha Eksekutif Akademi Kepimpinan Pemuda DPPP dan ahli Sekolah Pemikiran Muda.